kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12/19/08

LAHAJAT 'ARABI...




Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Malam yang damai, tenang membuatkan diriku bagaikan berada di tepi lautan yang indah..deruan ombak menusuk halwa keindahan, alunan nasyid yang datangnya dari bilik ahli bait tersayang ( ust faez ), ku rasakan cukup indah, bagaikan syair pujian Ibnu Hani kepada Muizz lidinillah, bait syairnya tersusun rapi,pujiannya penuh dengan sifat mubalghah, juga seperti syair isti’tof Mutanabbi terhadap Saif daulah, mengibaratkan sekiranya terkena panahan panah berbisa sekalipun hanya dengan mendapat keredhaannya sudah cukup untuk menyembuhkan kesakitan… Tidak seperti syair muwasyahat andalusi ( syair yang disusun mengikut aqfal : apa yang ittifak pada wazan dan qofiah, dan abyat : apa yang ittifak pada wazan tidak pada qofiah ) ianya telah di ubah suai serta menimbulkan keraguan pada mukhtariknya samada ianya daripada Muqaddam bin Maa’afi atau U’badah bin Qozaz atau Abdullah bin Mu’taz.. inilah akibat daripada ketidak stabilan minda yang melanda ketika membaca serta menghafal segala syair-syair yang melibatkan perasaan ( dah pening-pening hafal saja wat dalam bentuk tulisan lak moga lebih ingat insyallah )



PERBEZAAN LAHJAT ARABIAH


Ok setelah bersama-sama pening dalam bab syair andalus serta abasiyyah,den nak menulis satu bab dalam ilmu lahjat pula.



Asas pada berlakunya pelbagai lahjat dalam bahasa arab ni adalah kerana berlakunya ibdal atau pertukaran. Ulama membahagiakn kepada 2 bahagian ibdal :

1) Ibdal pada huruf

2) Ibdal pada harakat atau baris

Dan kedua-dua bab ini di ketagorikan pulak dalam dua bab

1) Ibdal sorfi ( qiyasi )

2) Ibdal lugahwi ( sima’i )


Hanya ibdal lughawi sahaja yang akan di perbincangkan dalam ilmu lahjat


IBDAL LUGHAWI PADA HURUF


Berlaku pada semua huruf hijaiyyah kecuali huruf alif..



1) KASYKASYAH كشكشة

· Ibdal huruf kaf muannas ( perempuan) ketika berhenti kepada huruf syin

· Contoh : بيتك بيتش

· Sebab : untuk membezakan antara kaf untuk lelaki dan kaf untuk perempuan

: untuk mentaakidkan serta menzahirkan pada perbezaan kerana membezakan dengan huruf lebih kuat berbanding dibezakan dengan harakat.

· Ashab : Rabi’ah, terdapat selainya iaitu : Mudhar, Asad, Tamim, Bakr bin Wail

· Tempat yang mengunakanya pada zaman hadis : Najran, sebahagian Saudi arabi, San’a, sebahagian Negara Yaman dll.



2) SYANSYANAH شنشنة

· Ibdal huruf kaf kepada syin secara mutlak

· Contoh : لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك – لبيش اللهم لبيش لبيش لا شريش لش لبيش

· Sebab : berhampiran pada sifat mahmus dan malmus pada makghraj dan sifat keduanya.

· Ashab : Taghlib, Bakr bin wail dan Hamir

· Kegunaan pada zaman sekarang : Hadramaut, perkampungan muhafazah Syarqiah ( kat zagzig le ) dan Zangkalun



3) KASKASAH كسكسة

· Ibdal huruf kaf muannas (perempuan) kepada sin

· Contoh : بيتس بيتك

· Sebab : sama seperti Kasykasyah,

· Persoalan yang timbul : sekiranya Kaskasah adalah umtuk membezakan kaf muannas daripada kaf muzakkar, maka mengapa perlu ada Kaskasah jika ia juga di khususkan untuk kaf muannas? Jawapan : perlu kita ketahui bahawa sin dan syin adalah daripada huruf mutanaziroh dan perbezaan antara keduanya ialah mangkaburkan dan mencuaikan. Juga sebagai tabadul antara dua qabilah arab pada pengunaan mereka pada huruf mutanazirah

· Ashab : Bakr, Asad, Hawazin, Rabi’ah, Mudor dan Tamim

· Beberapa permasalah dalam penerimaan Kaskasah

- Tiada syawahid daripada syair arab yang merakamkan akan reality lahjah Kaskasah

- Tiada hujah yang menunjukkan perbezaan antara kaf muannas dan kaf muzakkar

- Pentukaran suara antara syin mu’jamah dan sin muhmalah ada akan tetapi ditolak pada lughah samiyah



4) ‘AJ’AJAH عجعجه

· Ibdal huruf ya musyaddah yang berada di hujung perkataan dan didahului sebelumnya huruf ‘ain kepada huruf jim.

· Contoh : علج - علي

· Setelah tersebarnya lahjah ini terdapat beberapa lahjat baru yang tidak memenuhi syarat seperti tidak mengutamakan ‘ain : تميمج - تميمي juga tidak mengutamakan ya musyaddadah : حجتج - حجتى

· Sebab : huruf Ya dan Jim adalah saudara dalam ilmu aswat, keluar keduanya pada makhraj yang sama iaitu pada pertengahan lidah bersama menyentuh lelangit atas. Antara sebab lain ialah huruf Ya dan Jim bersama-sama pada kebanyakan sifat asasi yang khusus iaitu : Jahr, Infitah, Istifal, dan Ismat. Syekh ‘allamah Sibawaih mengatakan dalam kitabnya, adapaun Bani Sa’ad mereka menukarkan Jim pada Ya kerana ringan dan mudah.

· Ashab : Qobilah Qudoa’ah



5) WATMU الوتم

· Tukar Sin kepada Ta

· Contoh : الناس - النات

· Sebab : berhampiran pada makhraj hurf dan sifat, kedua-dua daripada suara lidah, bersamaan pada sifat suara : Hams, Infitah, Istifal, Ismat.

· Ashab : ahli yaman secara am, Bani Hamir, Qoda’ah, Toyyi, Zabid.

· Tidak digunakan pada zaman sekarang



6) ISTINTO ءإستنطا

· Menjadikan huruf ‘ain yang mati yang bersebelahan dengan huruf Tho kepada huruf Nun

· Contoh : أنطى- أعطى



Sebab : berlaku banyak pendapat dalam menyatakan sebab lahjah ini terjadi, dan yang paling dekat dengan akal dan diterima ailah pendapat yang dibawa oleh doctor Ibrahim Samira’i. pendapatnya mengatakan bahawa perkataan أعطى adalah fe’el asal “أتي yang bermaksud أعطى kemudian di tad’ifkan fe’el dengan ditasydidkan Ta أتتي. Dan dimaklumi bahawa apabila terdapat dua huruf yang mutajinisain maka ditukar kepada Nun ( dalam babaFakku Idgham ) maka jadilah أنتي lalu ditukarkan Ta kepada Tho.

· Ashab : Sa’ad bin Bakr, Huzail, Azad, Qois dan Ansar.

· Pengunaan pada zaman sekarang : Iraq, sebahagian padang pasir Mesir, Syria dan Jordan.



7) ‘AN’ANAH عنعنة

· Ibdal Hamzah yang berbaris atas, mutasaddirah pada perkataan أن kepada huruf ‘ain.

· Contoh : أن - عن

· Sebab : atas sebab lughawi, ta’lil suara dan rahsia lahjat.

· Makhraj hamzah keluar daripada fathah muzmar, maka sifat hurufnya tidak Jahr atau Hams berbeza denagn sifat huruf ‘ain lebih jelas mengikut ijma’. Pendapat Khalil al-Farahidi mengatakan bahawa huruf ‘ain lebih jelas mempunyai deringan loceng pada pendengaran.

· Ashab : Bani Tamim

· ‘allamah imam Sayuti meletakkan ibdal hamzah terkadang pada ‘ain yang maftuh juga pada ‘ain yang tidak maftuh contoh خبأ- خبع

· Pengunaan pada zaman sekarang : Mesir, Sudan, Moroco, Saudi, Iraq dan yaman



8) TUMTUMANIYYAH طمطمانية

· Ibdal lam ta’rif kepada huruf Mim

· Contoh : البارحة - امبارح

· Sebab : hubungan antara Lam dan Mim jelas dan nyata, suara keduanya berhampiran pada makhraj, bersama pada sifat yang asas

· Ashab : bani Tumtumaniah hamir

· Pengunan pada zaman sekarang : Mesir dan kebanyakan daulah arab



9) FAHFAHAH فهفهة

· Tukar huruf Ha pada perkataan حتى kepada huruf ‘ain.

· Contoh : عتى - حتى

· Sebab : muttahidani pada sifat dan makhraj.

· Ashab : di baca dalam qiraat Ibnu Mas’ud, bani Huzail.

· Sebahagian bahisin menjadikan fahfahah umum kepada setiap Ha

· Pengunaan pada zaman sekarang : Syimal morocco, sebahagian Mesir dan Sudan



"Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka." as-Syuura 53;7