kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12/22/08

إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحافظون ا


Al-Quran yang mulia adalah satu mukjizat yang terbesar bagi Nabi Muhammad S.A.W, ia terdiri daripada kalam-kalam Allah yang amat mulia yang diwahyukan kepada nabi melalui perantaraan Malaikat Jibril. Al-Quran merupakan sebuah kitab yang suci lagi disayangi dan disanjungi oleh seluruh kaum muslimin dan menjadi sumber rujukan utama dalam islam bagi mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Al-quran juga amat dikagumi oleh orang-orang yang bukan beragama islam kerana kebenaranya serta falsafah dan balghahnya yang amat tinggi. Hal ini terbukti dengan kesunguhan yang tinggi terhadap pemeliharaan Al-Quran sejak ia diturunkan kepada nabi Muhammad SAW sehingga ia disusun dalam bentuk mushaf pada zaman saidina Uthman Affan, kemudian diperhalusi lagi dengan penambahan titk serta baris pada tulisannya agar mudah dibaca oleh umat islam yang tidak tahu berbahasa arab serta untuk memeliharanya dari berlaku kesalahan dalam bacaan.. “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;” Al-Baqarah 1:2

Kehebatan Al-quran telah diakui sendiri oleh tokoh ilmuan bijak yang mengkaji akan kehebatan serta kebenaran yang terkandung di dalam Al-Quran. pada 30 Oktober 1983 telah diadakan satu Persidangan Perubatan Saudi yang telah membincangkan tajuk “Kebenaran Sains dalam Al-Quran dan Hadis”. Persidangan ini telah dihadiri ramai tokoh ilmuan di setiap pelusuk dunia antaranya ialah Profesor Keith Moore, Prof Salman, Syeikh Abdul Majid Az-Zindani dan lain-lain lagi. Natijah yang dapat diambil hasil daripada persidangan ini ialah dapat menghasilkan satu impak yang positif dalam penyatuan keilmuan islam dan barat. Mukjizat Al-Quran pun terserlah, pengakhirannya kita telah dapat mendengar pengakuan demi pengakuan yang dilafazkan secara jujur oleh para pengkaji akan kehebatan Al-Quran serta kebenarannya, ada juga yang mengumumkan keislaman mereka serta merta atas sifat ta’ajub mereka kepada Al-Quran. Antara pengakuan yang dapat di kongsi bersama :

Pengakuan yang dibuat oleh Profesor Tejatat Tajasan, beliau adalah Ketua Jabatan Anatomi Universiti Chang Mai, Thailand, di dalam persidangan Perubatan Saudi ke 8 beliau telahbangun dan berkata “Sejak 3 tahun kebelakangan ini saya menjadi berminat dengan Al-Quran. daripada kajian dan apa yang telah saya pelajari melaui persidangan ini, saya percaya semua telah terakam dalam Al-Quran 100 tahun yang lalu adalah benar, malah dapat diterangkan dengan fakta sains. Memangdangkan nabi Muhammad Sallallahu alahi wassalam tidak dapat membaca dan menulis, Muhammad semestinya seorangutusan yang bersama dengan kebenaran ini, yang man ate lah didedahkan kepadanya sebagai penerang kegelapan oleh sesuatu yang layak disebut sebagai pencipta. Pencipta ini mestilah tuhan. Oleh itu saya rasa inilah masanya untuk berkata la illaha illa Allah tidak ada tuhan selain Allah, Muhamma Rasulullah….” ( rujukan – kertas kerja bertajuk “I’jazul ilimi sebagai metologi dakwah zaman baru” karangan Dr Muhaimin Mustapha)

Di dalam Al-Quran terdapat 114 surah. Bagi setiap surah mempunyai nama dan kisahnya yang tersendiri. Penulis tertarik untuk membincangkan satu daripada surah-surah tersebut iaitu surah Luqman. Surah ini terdiri daripada 34 ayat dan ia tergolong dalam ketogori surah Makiyyah. Di beri nama surah Luqman kerana di dalamnya terdapat sebuah kisah yang menceritakan akan kelebihan serta kebijaksanaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada Luqman yang di gelar Al-hakim. Di dalamnya juga terkandung nasihat-nasihat Luqman kepada anak-anaknya yang menjadi panduan kepada seluruh muslim. Surah ini dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya :

- Penjelasan tentang keagungan dan tujuan Al-quran dalam member petunjuk pada manusia.

“Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik” 34: 2&3

- Penjelasan tentang pembahagian manusia kepada dua golongan, golongan yang baik dan golongan yang ingkar. “Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat,” 34 : 7&8

- Penjelasan mengenai nasihat-nasihat bijak Luqman kepada anak-anaknya.

- Penjelasan tentang kewajipan mematuhi serta menta’ati dan berbakti pada kedua ibubapa selama mana ia tidak bertentangan dengan hukum Allah. “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” 34 : 14

- Perintah agar memperkukuhkan keimanan dan kepercayaan kepada Allah dengan memperhatikan alam serta keajaibannya sertya larangan daripada menyukutukan Allah dengan yang selainnya. “Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.” 34 : 20

Serta beberapa hukum hakam, amran dan kisah yang terdapat di dalam surah ini..

link Al-Quran terjemahan.. klik