kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12/12/08

BeRkOrbAn+ tErKoRbAn= PENGORBANAN


Bismillahirrahmanirrahim..

Firman Allah Taala "Kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu beri makan sebahagian dari apa yang kamu sayangi, dan sesuatu apa yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahui." (AliImran:92)

Baru-baru ini kita semua dah selesai menjalani ibadah korban. Beberapa ekor unta dah tumbang. Nasib baiklah tak ada antara kita yang tumbang, cuma tumbang kepenatan je lah. Biasa lah tu, bila ada kenduri2 yang kena masak2 ,kemas2, basuh2,penatnya tak payah nk cakaplah.Tapi apa pun, alhmdulillah,semuanya berjalan lancar dan semuanya dapat merasai kemeriahan dan keseronokkan aidil adha itu bersama2.Tak kira medic ke,azhariyun ke,sama2 bersatu dan bekerjasama. Kerana kita semua satu.Islam.


Saja je sentuh pasal raya korban yang baru saja lepas, sekadar mukaddimah bagi tajuk posting ana kali ini.Berkorban + Terkorban=Pengorbanan

Jika tadi unta2 sudah terkorban kerana berkorban untuk bagi peluang kepada kita semua warga Zagazig untuk melaksanakan ibadah korban pada aid adha juga menikmati daging2 mereka ini. (Terima kasih banyak2, jazakumullahu khoiran kepada tukang sembelih, tukang melapah, tukang tengok, tukang masak,orang penting ini ,juga tak lupa tukang makan) Begitu juga halnya kepada lembu-lembu, kambing-kambing dan unta-unta lain di serata dunia yang turut berkorban dan terkorban. Mereka..eh,sesuai ke guna mereka untuk haiwan-haiwan ini? boleh la ye..:P sambung balik.Mereka ini semua berkorban dan terkorban dalam masa yang sama. Tiada dwi pilihan atau talian hayat patah lagi tanya penonton. Untuk memilih samaada untuk berkorban sahaja tanpa terkorban atau terkorban tapi tidak berkorban. Macam mana tu ya....?

Begini, jika mereka memilih untuk berkorban tanpa terkorban,jadi ke ibadah korban itu?
Jika memilih untuk berkorban, semestinya dalam pilihan itu mereka juga mesti terkorban. Begitu juga jika mereka memilih untuk terkorban tapi tidak berkorban. Tidak mungkin mereka akan terkorban melainkan kerana mereka telah BERKORBAN dan sanggup untuk DIKORBANKAN. Makanya, jika ingin berkorban seharusnya bersiap sedia untuk terkorban, dan jika sudah terkorban semestinya kerana sudah sanggup untuk berkorban. (bacalh berulang kali sehingga fhm.).

Itu al kisahnya Sang Lembu, Sang Unta dan Sang Kambing. Bagaimana pula alkisahnya Sang manusia?

Berangkatlah kamu, sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (at-Taubah : 41)

Jika pada zaman para sahabat, mereka semua sanggup berkorban harta, pangkat, hatta nyawa sekalipun demi agama islam itu sendiri. Dan akhirnya di tengah medan peperangan jihad, mereka terkorban kerana menegakkan kalimah, LA ILA HA ILLALLAH!. Tetapi pengorbanan para sahabat ridwanullah ini bukan hanya terhenti pada mereka, malah ahli keluarga, anak dan isteri turut sama berkorban merelakan pemergian suami, anak dan insan tersayang berjuang di jalan Allah. Walaupun mereka tahu, pemergian insan yang mereka sayangi itu belum pasti akan kembali semula. Subhanallah, begitu hebat pengorbanan yang dilakukan oleh umat-umat terdahulu. Pengorbanan yang sungguh hebat. Mereka berkorban juga terkorban, syahhid dijalan Allah.


Bagaimana pula kita semua wahai sahabat, apakah pengorbanan yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita. Untuk keluarga, saudara- mara, sahabat, masyarakat juga untuk agama islam itu sendiri. Mungkin terlalu jauh dan sukar sekali untuk kita mengejar dan seiring dengan tahap pengorbanan para sahabat baginda.

Firman Allah Ta’ala dalam surah At-taubah ayat ke 23-24 : -

“ Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman, dan sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka orang yang didampingi, maka merekalah orang yang zalim. Katakanlah (wahai Muhammad), jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai – (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berjihad untuk agamanya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya(azab siksaanNya), kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik(derhaka).

Tanpa kita sedari, banyak pengorbanan yang telah kita lakukan. Kita telah berkorban berpisah dari insan-insan yang kita sayang demi untuk mencari dan mengutip mutiara ilmu agar sinarnya nanti dapat dikongsi bersama mereka di tanah air nanti, kita telah berkorban meninggalkan segala hiburan dan keseronokkan usia remaja dengan tekun menuntut ilmu, menghadiri kuliyah dan kelas-kelas agama agar ilmu yang ada makin kukuh tersemat di dada, kita telah berkorban dengan sabar menghadapi kerenah dan mehnah kehidupan bersahabat agar ukhwah yang terjalin kekal sentosa, kita telah berkorban masa dan tenaga sebagai exco, ketua mahupun pemimpin demi berkhidmat kepada orang lain dan banyak lagi pengorbanan yang telah kita lakukan.Skop pengorbanan itu hakikatnya terlalu luas .




Sesungguhnya kita semua amat bertuah, tidak mnjadi seperti sang unta yang tiada pilihan untuk berkorban tanpa terkorban. Kita berkorban, tapi tidak terkorban. Akan tetapi, kita tetap bersiap sedia menghadapai kemungkinan untuk terkorban.
Apakah kamu menduga akan masuk surga, padahal belum
nyata bagi Allah orang-orang yang
berjihad di antara
kamu dan belum nyata
pula orang-orang yang tabah? (QS
Ali 'Imran [3]: 142).
Sememangnya pengorbanan itu memerlukan kesabaran, kegigihan dan keimanan yang mantap. Dengan sabar, kita tabah menghadapi mehnah yang melanda, dengan kegigihan, kita akan terus berusaha sehingga berjaya dan dengan keimanan, lahirnya keikhlasan kerana Allah yang menjadi pelengkap pengorbanan itu. Dan akhirnya, pengorbanan bukan hanya pengorbanan tetapi menjadi satu jihad dan ibadah kerana iman menjadi tunggaknya, berkorban kerana Allah.Wallahua3lam


p/s:Lebih ramai yang sanggup berkorban demi kekasih..aih~