kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12/31/08

Masanya untuk Bertindak!!




Kempen antarabangsa Palestin bagi membatalkan kepungan di Gaza pada hari Isnin lalu berkata bot yang diberi nama "Dignity" akan belayar dari Cyprus ke Gaza petang ini (5 pm,Isnin,29 Desember)dengan membawa para doktor dan bekalan perubatan sebanyak 3 tan. Anak kapal terdiri daripada 15 orang dari 11 negara yang berbeza .

"Kami tidak meminta IZIN daripada Israel untuk pergi, dan kami tidak akan berhenti sehinggalah Dignity selamat berlabuh di Gaza. Kami menjawab panggilan kecemasan daripada hospital di Gaza dan petugas2 pusat kesihatan di sana dengan membawa masuk 3 orang doktor yang mana mereka akan tinggal dan bekerja di sana untuk beberapa minggu. Kami akan mempertanggungjawabkan Israel atas keselamatan anak-anak kapal dan bekalan perubatan kami" kata salah seorang daripada mereka.

Ewa Jasiewicz, penganjur fREE GAZA yang tingal di Gaza berkata,"di manakah PBB, dimanakah Liga Arab?dimanakah pemalmpau2 yang menentang kekejaman Israel dan pertubuhan2 Mesir?Setiap Hospital di Gaza sudah kehabisan bekalan ubat. Israel sedang melakukan kemusnahan dan kekejaman di sini. Dengan hanya berkata dan mengutuk tidak cukup. Dunia perlu bertindak sekarang untuk menghentikan kegilaan ini"

Gerakan Pembebasan Gaza(Free Gaza Movement) ini akan terus melakukan tindakan yang tidak akan dilakukan oleh pemerintah2 lain di dunia ini iaitu,mengambil tindakan terus untuk mempertahankan kesihatan, nyawa dan maruah penduduk2 Gaza Di Palestin.

"Kami perlu mencipta satu kesedaran untuk menukar cara hak asasi manusai dari hanya berkata-kata kepada kenyataan. Palestin mempunya hak yang tidak boleh di cabut untuk hidup dan hak yang tidak boleh disangkal untuk hidup dengan bermaruah" ujar mereka lagi.

Para delegasi misi ini terdiri:
  • Pekerja hak asasi manusia dan kemanusiaan antarabangsa daripada Cyprus,
    Australia, Ireland, Great Britain, Tunisia, and the United States.
  • Doktor ke Gaza sebagai sukarelawan di hospital tempatan terdiri daripada Dr
    Elena Theoharous, ahli bedah dan Anggota Parlimen dari Cyprus
  • Jjournalis ke Gaza untuk melaporkan serangan besar-besaran,Wartawan Al-Jazeera Sami al-Haj, mantan pertahanan di Teluk Guantanamo .
  • Cynthia McKinney, mantan anggota wanita kongres US.


DISERANG!!


Satu bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah telah diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Menurut pergerakan Free Gaza, bot yang dipanggil The Dignity itu telah ditembak pada jam 6:45 pagi Selasa tadi.

Jurucakap media berkata , beliau telah berhubungan dengan penumpang bot yang terdiri dari seorang bekas ahli kongres US dan seorang Ahli Parlimen Cyprian , tetapi sejurus sebelum hubungan telefon bimbit terputus , tembak-menembak jelas kendengaran . Tiada siapa dilaporkan tercedera pada masa itu pada masa terputus hubungan telefon namun selepas itu tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sebarang kecederaan atau tidak,

Dalam satu siaran akhbar, pergerakan Free Gaza menyatakan, “Bertentangan dengan undang-undang laut antarabangsa, tentera laut rejim Zionis menghalang bot Dignity daripada menghampiri Gaza atau mencari perlindungan sama ada di Mesir atau Lubnan.

*Berita terbaru mengatakan Dignity telah selamat sampai di Gaza dan menurunkan bekalan2 ubatan di sana.

Latarbelakang Misi:
The Dignity bertolak daripada Larnaca Port di Cyprus pada jam 7pm (UST) Monday 29 December, pergi atas tujuan kemusnahan perang di Gaza bersama muatan lebih dari 3 tan daripada bekalan ubat yang di sumbangkan oleh masyarakat Cyprus. Pada permintaan kami, kapal itu telah di cari di bawah kuasa Cypriot Port terlebih dahulu untuk bertolak,untuk menjamin bahawa tiada apa2 yang mengancam di bawa,hanya bekalan ubatan kecemasan sahaja.

Senarai Nama anak2 kapal:

  1. (UK) Denis Healey, Captain
  2. (Greece) Nikolas Bolos, Jurutera Kimia dan aktivis hak asasi manusia. Berkhidmat sebagai anak kapal dalam beberapa trip Free Gaza termasuk yang pertama pada Ogos tahun ini.
  3. (Jordan) Othman Abu Falah
    Pengarah yang telah lama bersama Al-Jazeera Television. Beliau akan kekal di Gaza untuk melaporkan atas seranagn ketenteraan.
  4. (Australia) Renee Bowyer
    Guru sekolah dan aktivis hak asasi manusia.Akan kekal di Gaza untuk melakukan tugas2 kemanusian dan mebuat laporan.
  5. (Ireland) Caoimhe Butterly
    Dikenalai sebagai aktivis hak asasi manusia dan penyelaras bagi Gerakan Pembebasan Gaza(Free Gaza Movement).Akan kekal di sana bagi tugas hak asasi manusia dan bekerja dalam projek pembangunan bersama Free Gaza.
  6. (Cyprus) Ekaterini Christodulou
    Telah dikenali dan dihormati sebagai penulis bebas di Cyprus.Ke Gaza untuk melaporkan konflik di sana.
  7. (Sudan) Sami El-Haj
    ketua bahagian hak asasi manusia di Al-Jazeera Television. Akan kekal di Gaza untuk melaporkan serangan ketentaraan di sana.
  8. (UK) Dr. David Halpin
    orthopaedic surgeon yang berpengalaman, professor perubatan, captain kapal. Ke gaza sebagai sukarelawan di hospital dan klinik.
  9. (Germany) Dr. Mohamed Issa
    pediatric surgeon dari German.Ke gaza sebagai sukarelawan di hospital dan klinik.
  10. (UK/Tunisia) Fathi Jaouadi
    Penerbit TV dan aktivis hak kemanusiaan. Kekal diGaza untuk melakukan tugas kemanusian.
  11. (USA) Cynthia McKinney
    Bekas anggota kongress wanita U.S. dari Georgia, dan pada 2008 Presiden Green Party Ke Gaza untuk menilai konflik yang sedang berlaku.
  12. (Cyprus) Martha Paisi
    senior research fellow dan aktivis hak asasi manusia yang berpengalaman. Ke Gaza untuk menjalan tugas2 kemanusiaan.
  13. (UK) Karl Penhaul
    video correspondent untuk CNN,Bogotá, Colombia. Ke Gaza untuk malaporkan konflik yang sedang berlaku.
  14. (Iraq) Thaer Shaker
    Jurukamera Al-Jazeera television. Ke gaza untuk malaporkan seangan yang berlaku.
  15. (Cyprus) Dr. Elena Theoharous, MP
  16. Dr. Theoharous pakar bedah dan ahli Cypriot Parliament.Ke Gaza untuk menilai dan mengkaji konflik di sana .


Sumber:
http://www.freegaza.org
http://www.turkishweekly.net
Terjemahan:
Mohd Al Fateh Muhamad hanif (Abe Long=p)
Sumber lain:
http://www.palestinkini.info
.