kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12/24/08

APABILA HASAD MENGUASAI....



DIBENARKAN UNTUK DIPETIK DARI
http://jihadislami.blogspot.com


Bila DPMZ Meniti Saat Kegemilangannya...

menjadi buruan beberapa insan dengan dakyahnya...


(Nukilan Naluri : Muhamad Mumtaz Bin Harun)

PMRAM dengan kakitangannya yang begitu ramai, dengan didokongi dan disokong oleh majoriti penuh mahasiswa/wi sejak ditubuhkan hinggalah sekarang telah banyak memberi khidmat kepada mahasiswa serta siswi Malaysia yang berada dibumi mesir sejak sekian lama. Ianya bermula pada tahun 1930 PMRAM ditubuhkan(seperti yang terpancar dilogo PMRAM). Hitungan tahun kiranya dihisab sehingga sekarang mencecah jangka umur 78 dan hampir masuk ke 79 tahun. Nilaiannya bukan sebagai seorang tua bangka yang tidak mampu menampung diri apatah lagi membantu pihak lain, akan tetapi bernilainya PMRAM dengan umurnya yang matang umpama Mutiara berharga yang kiranya hilang amat dikhuwatiri oleh setiap pelajar sekiranya mutiara ini tiada, hilanglah salah satu tempat begantung siswa/siswi umpama anak kehilangan ibu dan ayah ( BP PMRAM dan HEWInya). Ditubuhkan demi menjaga kebajikan, memberi keilmuan, melahirkan masyarakat mahasiswa dan siswi yang berguna dan berjasa kepada agama, nusa bangsa serta banyak lainnya yang tidak terkira.

Begitu banyak sejarahnya yang boleh didapati dalam simpanan fail PMRAM berikutan suka dukanya. Sejarah Tujuh DarsaWarsa sudah cukup untuk kita hayati dan andai diselami umpama berada dizamannya, terkadang bisa mengalir air mata mengenangkan pengorbanan jenerasi terdahulu dan terfikir mampukah jenerasi ini mengekalkan kesinambungannya, terkadang berbangga dengannya kerana tetap thabat dalam perjuangan walau dilanda arus peruntuh serta lambungan pujian yang merupakan ujian tika suka duka, dan ketika bersamanya merasa Gah!!! berdiri demi mempertahankannya berikutan haluannya yang Haq!!! Jelas!!! tanpa keraguan dasar dan perlaksanaannya.

Kiranya ingin dinukilkan sejarahnya PMRAM, pasti helaian hamparan warkah ini tidak dapat disingkatkan kalimahnya, berikutan sejarah suka dukanya yang begitu banyak. Cari dan kajilah!!! bagi insan yang memahami arti kebenaran. Akan lahirlah kefahaman dan kebenaran yang selama ini kita kusuti (yang tidak diketemukan selama ini). Maka nukilan kali ini, Khusus buat insan warga Melayu dibumi Zagazig, ingin ana mencoretkan "Inzar" atau peringatan buat yang tidak mengenali dan tidak menghargai kesatuan yang telah lama terbina ini. Fahamilah arti keberuntungan dari nikmat Haq yang Allah kurniakan buat kita dibumi Zagazig ini, dan janganlah kita cuba menghancurkan karunia keutuhan yang sedia wujud disini, apatah lagi dengan kefahaman yang soheh dibawa selama ini.

------------------------------ pentingnya anda faham kalimah dibawah ini-----------------------------------------------


Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) ditubuhkan pada suatu masa dahulu, demi menjaga kebajikan warga Malaysia yang ditempatkan disini. Penubuhan DPMZ pada tahun 1993, lewat setahun dari penubuhan DPM cawangan lain seperti iskandariah pada tahun 1992, adalah diwujudkan demi menyatukan suara anak-anak melayu atau lebih khususnya mahasiswa yang ditempatkan disini. Penubuhan DPM oleh PMRAM pada julungkalinya tahun 1992 adalah untuk memastikan kebajikan anak melayu terperlihara, walaupun ditempatkan dari selain kaherah. Maka tertubuhnya DPMZ dibawah PMRAM adalah membawa Misi dan Visi yang sama, dasarnya Al-Quran dan Al-Sunnah.

Sorotan dari kesinambungan terdahulu, dengan pimpinan bertukar tangan dari masa kesemasa hinggalah sekarang, menyaksikan kesatuan dibawah PMRAM Zagazig (melalui DPMZ) berjalan dengan baik, lancar, kemas pergerakannya, serta dapat menyatukan anak-anak melayu Malaysia disini tanpa mengira suku mahupun negeri atau lainnya. Tambahan lagi dapat dilihat kesatuan mahasiswa disini amat teguh bukan sahaja perjalanan yang baik seperti ungkapan diatas bahkan mahasiswa serta dengan penambahan baru(mahasiswi yang ditempatkan disini) amat memahami kesatuan yang telah terbina selama ini. Baru mengenal Zagazig ataupun masih merasa asing dibumi Mesir ini, bukan penghalang kepada jenerasi baru mendampingi DPMZ, bahkan jenerasi ini begitu cenderung untuk mengenali DPM ini dengan lebih dekat, kerana warta sejarahnya yang tersebar luas dan berdasarkan kebajikannya yang menyeluruh serta dasarnya begitu utuh.

Bila DPMZ Meniti Saat Kegemilangannya... menjadi buruan beberapa insan dengan dakyahnya...

Sayangnya, masih tidak lagi serik golongan ini, mungkin masih ingin terpalit lagi buat kali keduanya dengan sejarah baru, nukilan lama mereka, seperti yang terkisar pada tahun 1975 hingga 1979. Golongan inilah sebenarnya punca perpecahan, golongan yang sama, namanya saja bertambah uslubnya tidak berbeza, mengaku pembela ummah dan pembawa dakwah islamiah, akan tetapi sebenarnya cuba menghasut mahasiswa dengan dakyah mereka yang sempit perjuangan, menyatakan yang haq katanya tetapi perlaksanaan umpama insan jahil. Masakan tidak mereka sanggup memfitnah kepada perjuangan insan yang benar-benar bekorban untuk kesedaran islam mahasiswa/wi disini, mereka mengunakan pendekatan " matlamat menghalalkan cara " sedangkan islam tidak membenarkan perkara itu, islam mengajar " matlamat tidak menghalalkan cara ".

ini sejarahnya yang tidak mungkin dilupakan:

1975 PMRAM digantung pendaftarannya sehingga 1979 kerana wujud fahaman kenegerian di antara ahli. Suasana mendung menyelebungi ahli PMRAM sebaik sahaja Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun ini. Selain itu, berlaku krisis pemikiran di antara pucuk pimpinan PMRAM. (petikan dari tujuh DarsaWarsa/rujuk sejarah PMRAM.org)

sejarah ini bukan sepanjang perenggan diatas kisarkan, akan tetapi berantai halnya, ianya berpunca dari golongan yang ingin membawa fahaman mereka, akhirnya menyebabkan PMRAM diharamkan beberapa tahun, ketika mereka berada didalam PMRAM, mereka memfitnah insan-insan pejuang didalam PMRAM dan menghasut kepada pepecahan, disebabkan golongan ini PMRAM diharamkan seketika. Golongan ini tidak diterima ramai, yang akhirnya mati gerakannya ditengah jalan, Kerana perjuangannya bersifat tidak menyeluruh. Justeru itu PMRAM kembali utuh dengan kepercayaan mahasiswa/wi dimesir yang memandang hanya PMRAM yang bisa menjaga kebajikan ahlinya, bertambahan dengan kelebihan yang diberikan oleh Syu'un ijtima'e mesir, segalanya kurniaan Allah.

Kisah lama kembali lagi, golongan Jenerasi kesatuan tanpa haluan ini datang lagi, mencuba nasib. Mungkin kali ini dengan persediaan lebih rapi dan berhati-hati. kekurangan yang ketara cuba ditutupi walau ia jelas bila dikaji, Kekalahan, kesilapan, kelemahan, dan penerimaan jenerasi dahulu yang menolak dijadikan pengajaran. Apapun tidak diketahui, apakah betul-betul mereka mengatahui kisah lama ini, atau bergerak dengan tanpa ilmu lagi, mungkin mereka sedar akan ikutan mereka dari jenerasi mereka terdahulu, atau sekadar hanya mereka jenerasi baru tanpa haluan ini bergerak membabi buta.

IJA, bunyinya sahaja melambangkan umpama panggilan seorang wanita, tidak melambangkan sifat kejantanan. Itulah hasil gabungan pangkal kata bagi tiga golongan/kesatuan tanpa haluan yang perosak, didalam kamus modern dipanggil parasit. Apapun, ianya disanggah bila ia wujud disini, kerana tidak diketahui apa pentingnya. Kewujudan mereka dimalaysia bukan menjadi pertikaian besar, memandangkan ummat disana memerlukan dakwah bassic islam, pelbagai cabang kumpulan gerakan islam memang diperlukan asalkan ianya tidak menyimpang dari islam sebenar. Permasalahannya, apa perlu disini??? Adakah mereka lupa siswa/siswi disini didikan agama, satu fikrah majoritinya iaitu inginkan islam, fahaman islamnya mendalam, bahkan bukan keluaran azhari juga seperti medic menginginkan islam (yang menjadi sebab mesir pilihan utama). Mereka ini memahami agama, hanya kesatuan yang perlu diwujudkan demi islam itu tegak kembali. Tentunya saja persatuan disini dipelopori oleh mereka yang menjurus kepada islam sebenar, dan PMRAM lah persatuannya, tiada lain, kerana kematangannya dan ianya adalah pelopor kepada perjuangan mahasiswa/wi melayu islam dibumi mesir ini, berjuang sekian lama sejak 1930.

ana tidak gentar demi menyatakan yang haq... walau ada kedapatan insan yang akan membelasah warkah ini dan menghujum ana.. apa perlu takut demi yang haq!!! maka ana tambah lagi kenyataan ini..

Kini golongan baka kepada jenerasi mereka terdahulu, IJA iaitu " kesatuan tanpa haluan " ini ingin pula bergerak dizagazig, ketiga-tiga serangkai mereka kini bersatu demi memburukan dan cuba melemahkan, serta sebolehnya melenyapkan DPMZ dibawah PMRAM. Hadapan mereka umpama kawan, dibelakang merekalah lawan, itulah IJA. Sebenarnya golongan ini hanya segelintir cuma, boleh dikira dengan jari wujudnya mereka, walaupun bergabung tiga serangkai ini, cukuplah suara bumi zagazig ini yang bergerak insya'allah akan terpadamlah gerakan mereka diselururuh pelusuk mesir. Akan tetapi bila difikirkan melayan karenah segelintir cuma ini, hanya membuang masa. Maka tidak perlulah dilayan akan karenah mereka. Hanya cuma warkah ini sebagai peringatan kepada semua ahli DPMZ, agar berhati-hati dan waspada dengan dakyah mereka golongan kesatuan tanpa haluan " ini. Jangan biar tercambah haluan parasit ini. Dimalaysia bergeraknya mereka mungkin membantu islam. Akan tetapi bergeraknya mereka dimesir ini, apatahlagi ingin berjenama dibumi zagazig ini, amat disangkal, apakah mereka ini tidak memahami arti kesatuan? islam itu satu " tauhid ", islam itu inginkan satu " jamaah ", islam itu inginkan satu " utuh ", islam itu inginkan satu " haluan ", islam itu perpaduan, bukannya perpecahan.

ya!!! IJA... wahai IJA...

Kepada golongan IJA " kesatuan tanpa haluan " ini, harap sadarlah anda wahai individu tiga serangkai ( IJA ) , diri ini tahu, kalian segelintir cuma, sekadar seorang dua, berjenamakan tiga kesatuan dalam satu badan tanpa haluan ini, hilangkan fahaman hasad yang wujud sekian lama ini, jangan ditimbulkan lagi sejarah hitam tahun 1975 hingga 1979 itu, kelak anda terpalit semula seperti jenerasi anda dahulu, menjadi kutukan masyarakat melayu tika itu. Hilangkan IJA tiga serangkai ini, hilangkan disini, bergerak dimalaysia terserah pada kalian. Fahamilah, islam ingin satu padu, dan itu kita nikmati disini sejak sekian lama, janganlah dicari lubang perpecahan, PMRAM bukanlah syumul, tetapi ia menyeluruh untuk cerdik pandai, golongan pertengahan, bawahan, azharian, tibbian dan sebagainya. bukan telarang ta'adud tetapi biarlah ianya ta'adud tanawwu' ( bercabang jemaah dibawah satu pusat) tetapi bukan ta'adud tudhad (berbilang jemaah tanpa pusat yang mengawal)...

wahai IJA, sedarlah dari igauan kelalaian, kiranya kalian tetap berkeras, pejuang-pejuang haq disini akan bertindak. Janganlah dicemburui akan gemilangnya DPMZ tika ini, gemilangnya kerana kefahaman ahli bukan matlamatnya mengagung individu, matlamatnya keredaan ilahi yang satu. Gemilangnya DPMZ kerana berpadu, jangan mencari ruang bersuku-suku. Gemilangnya DPMZ kerana bersatu, kerana DPMZ dasarnya islam Al-Quran dan Al-sunnah dari asalnya wahyu.
Kami diDPMZ satu " tauhid ", inginkan satu " jamaah ", satu " utuh ", satu " haluan ", satu " Al-fahmu", satu " fikrah ", satu " amal ", islam itu perpaduan, bukannya perpecahan.

----------------------------- dalil ilahi yang perlu diingati -----------------------------------


Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا وَاذْكُرُوْا نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ {أل عمران:103}

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian pada tali Allah seraya berjama’ah, dan janganlah kamu berfirqah-firqah (bergolong-golongan), dan ingatlah akan ni’mat Allah atas kamu tatkala kamu dahulu bermusuh-musuhan maka Allah jinakkan antara hati-hati kamu, maka dengan ni’mat itu kamu menjadi bersaudara, padahal kamu dahulu nya telah berada di tepi jurang api Neraka, tetapi Dia (Allah) menyelamatkan kamu dari padanya; begitulah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu, supaya kamu mendapat petunjuk.” (QS.Ali ‘Imran:103 )

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلاَثًا وَيَسْخَطُ لَكُمْ ثَلاَثًا يَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا وَأَنْ تُنَاصِحُوا مَنْ ولاَّهُ اللَّهُ أَمْرَكُمْ وَيَسْخَطُ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ

“Sesungguhnya Allah itu ridho kepada kamu pada tiga perkara dan benci kepada tiga perkara. Adapun (3 perkara) yang menjadikan Allah ridho kepada kamu adalah: 1). Hendaklah kamu memper ibadati-Nya dan janganlah mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, 2). Hendaklah kamu ber pegang-teguh dengan tali Allah seraya berjama’ah dan janganlah kamu berfirqoh-firqoh, 3). Dan hendaklah kamu senantiasa menasihati kepada seseorang yang Allah telah menyerahkan kepemim pinan kepadanya dalam urusanmu. Dan Allah membenci kepadamu 3 perkara; 1). Dikatakan mengatakan (mengatakan sesuatu yang belum jelas kebenarannya), 2). Menghambur-hamburkan harta benda, 3). Banyak bertanya (yang tidak ber faidah).” (HR Ahmad, Musnad Imam Ahmad dalam Musnad Abu Hurairah, Muslim, Shahih Muslim: II/6. Lafadz Ahmad)

Umar bin Al-Khattab berkata:

إِنَّهُ لاَ إِسْلاَمَ إِلاَّ بِجَمَاعَةٍ وَلاَ جَمَاعَةَ إِلاَّ بِإِمَارَةٍ وَلاَ إِمَارَةَ إِلاَّ بِطَاعَةٍ فَمَنْ سَوَّدَهُ قَوْمُهُ عَلَى الْفِقْهِ كَانَ حَيَاةً لَهُ وَلَهُمْ وَمَنْ سَوَّدَهُ قَوْمُهُ عَلَى غَيْرِ فِقْهٍ كَانَ هَلاَكًا لَهُ وَلَهُمْ

“Sesungguhnya tidak ada Islam kecuali dengan berjama’ah, dan tidak ada Jama’ah kecuali dengan kepemimpinan, dan tidak ada kepe mimpinan kecuali dengan ditaati, maka barang siapa yang kaum itu mengangkatnya sebagai pimpinan atas dasar kefahaman, maka kesejahte raan baginya dan bagi kaum tersebut tetapi barangsiapa yang kaum itu mengangkatnya bukan atas dasar kefahaman, maka kerusakan baginya dan bagi mereka.” (HR.Ad-Darimi Sunan Ad-Darimi dalam bab Dzihabul ‘ilmi: I/79)


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

فَعَلَيْكَ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ اْلقَاصِيَةِ

“...maka wajib atas kamu berjama’ah, karena sesungguhnya serigala itu makan kambing yang sendirian.” (HR.Abu Dawud dari Abi Darda, Sunan Abi Daud dalam Kitabus Shalah: I/150 No.547)