kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

10/12/08

Manisnya Ukhwah



Bismillahirrahmanirrahim..

"Amalan dan kubur sendiri-sendiri".Begitulah jawapannya yang diterima bila ada teman yang menegur ke"kera" "sumbang"an temannya yang lain.Mungkin ada manusia jenisnya tak suka bergaul dengan orang lain,lebih suka menyendiri dengan hal sendiri.Wahai sahabat,teman rakan dan taulan,jika kita masih ingin mengasingkan diri daripada teman-teman sekarang,agaknya bagaimana nanti jika kita akan pulang ke tanah air,membawa segulung ijazah dan ilmu di dada, pastinya nanti kita akan menjadi tempat rujukan masyarakat bahkan menjadi tanggungjawab kita pula untuk menyampai dan berkongsi ilmu yang ada dengan mereka.

Untuk melaksanakan dan menunaikan tanggungjawab itu,kita memerlukan satu skill yang amat penting iaitu skill berkomunikasi yang baik.Jika ilmu banyak mana sekalipun ,tetapi kita tak mampu untuk menyampaikan bahkan tidak sampai pula kepada hadaf atau tujuan sebenar apa yang kita ingin sampaikan,tidak ada gunanya.Lain yang ingin dikatakan,lain yang dimaksudkan,lain pula yang difahami. Kan ke parah.


Jadi,sebagai satu persediaan atau latihan awal sebelum terjun ke dalam masyarakat..berta3amullah dan bermusyarakahlah dengan rakan-rakan yang lain tika masih lagi bergelar pelajar.Pelajari bukan sahaja belajar ilmu didalam universiti atau didalam kitab,tetapi pelajarilah ilmu yang nak tak nak hanya dapat diperolehi di luar dalam sehari2 kehidupan kita.Contohnya ialah ilmu komunikasi.


Juga teliti dan cakna lah dengan masalah -masalah baru yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di dalam masyarakatkita bukan saja di Malaysia bahkan umat islam masa kini.Tidak semua masalah akan kita jumpai didalam kitab atau di dalam kuliyah,tetapi hanya dapat kita temui jika kita bergaul dan berta3amul dengan masyarakat.(inshaAllah,ana akan kongsikan antara masalah atau persoalan tersebut)

Mungkin ada yang memang fitrah atau dah memang gitu gayanya,suka bersendiri.Ok,tak mengapa.Buatlah hal sendiri ,tapi jangan bersendiri tatkala orang lain berkenduri. Maksudnya,boleh jika kita ingin buat hal sendiri,tak nak join kawan2 kunyah sireh ke,menonton tv atau bersukan,tapi bila ada aktiviti khas ahli bait atau anjuran persatuan bersama,sertailah ia. Singsinglah lengan bersama-bersama memasak, mengemas ,membasuh dan sebagainya. Tidak banyak, walau sedikit sumbangan pun sudah memberi erti yang amat besar kepada orang lain.


Apa pun perangai ,kegemaran dan sikap yang semulajadi ada dalam diri kita,memang itulah kita,dan tak boleh nak ubah dah memang suka ber"gua" didalam rumah atau bilik, tapi jangan sesekali mengeluarkan diri kita terus dari rakan-rakan juga masyarakat dan mencipta dunia atau alam kita sendiri. Kerana ingatlah, suatu hari nanti, kita tetap akan terpaksa bergantung pada orang lain, jika tidak semasa hayat kita, tetapi dimasa akhir hayat, kerana...

  • ketika nyawa berpisah dari jasad, kita tidak lagi mampu untuk mengangkat gayung menyirami dan memandikan tubuh kaku kita itu sendiri..
  • ketika tubuh kaku semakin sejuk , kita tidak mampu lagi untuk melipat kain putih lalu mengkafankan jasad kita sendiri..
  • Dan ketika tiba saatnya diri kita menghadap tuhan, kita tidak lagi mampu untuk memegang sebatang cangkul menggali kubur dan mengkebumikan JENAZAH kita sendiri!

Wallahua'lam



Apa lagi yg diperlukan bagi sebuah persahabatan , jika didalamnya terisi jutaan rahmat TUHAN…bila menangis ada yg meredakan….bila gembira ada yg mengingatkan…bila sakit ada yg mendoakan…..bila sihat ada yang meraikan…alangkah hebatnya pershbtn…lg hebat jika persahabtan itu untuk selamanya…ukhuwah fillah…nukilan dr hati ku.semoga Allah berkati persahabtan kita.........amin