kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6/8/08

POSTING PERTAMA SELEPAS EXAM :)


Salam alaik..alhamdlillah setelah hampir sebulan mengharungi kenikmatan imtihan akhirnya tiflu terpaksa melepaskan juga kenikmatan tersebut pada tanggal 4 jun yang lepas…walaupun terdapat beberapa madah yang agak sedih :( dari segi jawapannya tetapi tiflu amat bersyukur dapat menjalani fatrah imtihan ini dengan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah..Terima kasih pada mak, abah, nenek, umi, adik-adik, ahli bait (ust faez,nas) sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan tiflu di sini..Insyallah dengan berkat doa antum semua tiflu akan memperoleh kejayaan untuk imtihan ini aminn Ya Rob..


Emh untuk posting yang pertama selepas fatrah imtihan ini mungkin tiflu boleh berkongsi sedikit sebanyak ilmu mengenai Tarikh Alam Islami yang tiflu dapat dalam pembacaan serta perbincangan bersama-sama sahabat baik mustakim,soleh,mursyid dan yg lain ( madah last sekali dalam jadual imtihan :p ) Alhamdlillah pada fasal kali ini kami telah mempelajari sejarah islam pada zaman khilafah rasyidin di samping memepelajari satu lagi buku mengenai Hadoroh Islamiah ( bukan islam hadhari ek ) Pembelajaran kami dimulai dengan sejarah khlifah rasyidin yang pertama saidina Abu Bakar As-sidiq dan seterusnya hingga khalifah yang ke empat iaitu saidina Ali Karamallah Wajhah..Pada posting kali ini Tiflu rasa berminat ingin menceritakan seberapa banyak kisah futuh islamiah yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat pada zaman tersebut..Hal ini kerana Tiflu ingin membawa sahabat-sahabat menghayatai serta mendalami sedalam yang mungkin merasai betapa hebatnya iman serta semangat sahabat-sahabat nabi dalam mengembangkan islam..Perit getir,susah payah,penat lelah pelbagai ujian lain yang telah dilalui oleh sahabat-sahabat nabi dalam menyampaikan islam sehinggalah sampai pada kita hari ini..

Sebelum menyusuri dengan lebih dalam mengenai kisah futuh islamiah Tiflu ingin menceritakan sedikit mengenai peperangan riddah (murtad) yang berlaku pada zaman khalifah Abu Bakar r.a..Sejurus selepas kewafatan nabi junjungan mulia Muhammad s.a.w ramai daripada orang-orang islam telah murtad, proses kemurtadan ini berlaku dalam dua perkara, yang pertama tergolong dalam mereka yang enggan membayar zakat dan yang kedua yang keluar terus dari agama islam, tidak kurang juga ramai yang telah mengaku sebagai rasul @ nabi antaranya Musailamah al-Kazzab ( perang yamamah ),Tolaihah al-Asadi ( Bazakhah ) Aswad al-‘ansa ( yaman ) dan lain-lain… Gejala murtad ini berlaku atas beberapa sebab

Yang pertama : Masyarakat jahiliah pada ketika itu tidak berpegang dengan ajaran islam yang sebenar,kebanyakan daripada mereka memasuki islam atas dasar pemerintah mereka memeluk agama islam tanpa menekankan ajaran islam..( berlaku pada zaman jahiliah moden lani,islam hanya ikut-ikut,hanya pada nama,tiada penghayatan )

Yang kedua : Sikap asobiah ( perkauman ) berasa sombong dengan kabilah masing-masing tidak mahu mengikut kanun atau hukum yang telah ditetapkan dalam islam..berpendapat hokum tersebut hanya pada zaman rasulullah hidup sahaja.. ( ada juga di zaman lani )

Yang ketiga : Beranggapan bahawa zakat hanya dikenakan pada ketika nabi hidup sahaja..tidak merasakan kewajipan dalam mengeluarkan zakat ( macam ada gak zaman lani )

Khalifah Abu Bakar telah menyediakan sebelas pasukan tentera islam dalam proses membanteras murtad ini.. setiap pasukan diketuai oleh panglima yang berkalibel.. Kahlifah Abu Bakar telah pun mengeluarkan surat perkeliling kepada semua tentera sebagai memberi inzar.ini adalah surat yang pertama dibacakan dihadapan seluruh insan…Antara pasukan yang telah disediakan :

1) Panglima Khalid al-Walid – memerangai Tolaihah bin Khuailid al-Asadi di Bazakhah – islam memperoleh kemenangan..

2) Panglima Akramah bin Abi Jahal – memerangi Musailamah al-Kazzab – yamamah

3) Panglima Syurahbil bin Hasanah – membantu Akramah dalam memerangi Musailamah al-Kazzab

4) Panglima Muhajir bin Abi Umayah – memerangi Aswad al-‘ansa

5) Panglima Huzaifah bin Muhson – menuju ke Daba ( satu kota lama yang masyhur di Umman )

6) Panglima Arfajah bin Harsimah – memerangi ahli mahrah

7) Panglima Sawid bin Makran – memerangi ahli tuhamah di Yamani

8) Panglima ‘Ala al-Hadrami – memerangi ahli Bahrain

9) Panglima Torifah bin Hajiz – memerangi bani Salim

10) Panglima Amru bin Asr – memerang kumpulan Qodoah, Wadi’ah dan Harith

11) Panglima Khald bin Saad bin Asr – ke Syam



FUTUH ISLAMIAH



1. Di Iraq dan Paris


  1. Peperangan Zat Salasil ( tahun safar12 hijrah )

Peperangan ini di ketuai oleh panglima perang saifullah Khalid al-walid, di beri nama dengan Salasil adalah kerana tentera Paris pada ketika itu mengikat tubuh mereka dengan rantai agar tidak lari dari medan perang,tetapi cara ini tidak berhasil kerana ada sebahagian mereka yang lari apabila ada peluang untu melarikan diri..peperangan ini berlaku di daerah Kazimah berhampiran dengan Hafir.. Tentera islam seramai 18.000..Tentera islam telah memperolehi kemenagan dalam peperangan ini dan dapat menawan Mina Ablah..


  1. Peperangan Jasr ( jambatan )

Peperangan ini berlaku pada tahun 13 hijrah, di ketuai oleh panglima perang Abu ‘Abid bin Umar as-Saqafi dibantu oleh Salot bin qais al-Ansari..dan panglima perang bagi tentera Parsi adalah Rustam.. Dinamakan peperangan ini dengan nama Jasr kerana tentera islam menyeberang jambatan yang terletak di Hairah menuju ke tentera Parsi. Natijah peperangan ini berpihak kepada tentera Parsi, dan telah syahid Abu Abid dan Salit bin Qais. Kekalahan islam berpunca daripada dua perkara, pertama mukhalafah Abi 'Abid dengan mesyurat ahli-ahlinya, kedua adalah kerana musnahnya jambatan yang dilalui oleh tentera islam,tidak dapat berundur untuk menyusun strategi yang baru...


  1. Peprangan Yaum Nakhilah @ Yaum Mahran

Selepas peperangan Jasr khlifah Umar telah tawaquf selama setahun tidak memerangi Paris, ketika masuk tahun yang ke 15 hijrah khalifah Umar telah menyediakan pasukan tentera yang diketuai oleh Jarir bin Abdullah r.a bersama Masna bin Harithah r.a. Tentera Paris diketuai oleh Mahran..Natijah peperangan dimenangi oleh tentera islam dan telah terbunuhnya Mahran..


  1. Peperangan Qodasiah

Peperangan yang masyhur dalam sejarah alam islami, ia berlaku pada tahun yang ke 16 hijrah. Bilangan tentera islam hanya 10 ribu manakala tentera Parsi mencecah 120 ribu orang.. nisbah 1 islam kepada 12 parsi.. Tentera islam diketuai oleh Sa’ad bin Abi Waqos dibantu oleh Mughirah bin Sy’bah, Qis bin Habirah dan Tolaihah bin Khuailid. Ada pun panglima Musana bin Harithah telah meninggal sebelum berlakunya peperangan.. Seperti peperangan sebelumnya pihak islam mengadakan perbincangan agar tidak berlakunya peperangan tetapi usaha damai itu tidak diterima pihak Parsi lalu berlakulah peperangan yang besar dalam sejarah peperangan islam dengan Parsi..Natijah kepada peperangan ini dimenangi oleh tentera islam lebih daripada 10ribu tentera Parsi telah lari, panglima perang rusatm telah dibunuh dan tentera islam telah memperolehi harta ghonimah ( harta hasil dari peperangan) yang banyak.. Peperangan ini telah berlalu selama tiga hari dan setiap hari mempunyai namanya yang tersendri. Hari yang pertama ( Armas ) yang kedua ( Aghwas ) yang ketiga ( ‘amas )..


  1. Peperangan Madain

Selepas kemenangan di peperangan Qodasiah tentera islam terus menuju ke asimah Tisfun yang diberi nama oleh penduduk arab sebagai Madain dan terletak berhampiran sungai najlah..Madain terbahagi kepada dua kawasan, yang pertama Madain Barat iaitu kawasan penempatan penduduk manakala yang kedua Madain Timur iaitu kawasan tingi dan penempatan bagi pemerintahan.. tentera Parsi telah mengambil sampan-sampan serta memusnahkan jambatan menyebabkan tentera islam tidak dapat menyeberangi sungai najlah, akan tetapi dengan pertolongan Allah tentera islam berjaya menyeberangi sungai tersebut dengan mengunakan kuda..tentera Parsi berasa amat terkejut,mereka mengatakan “wallahi bukanlah tentera islam ini melaikan terdiri daripada jin-jin” Hasil dari usaha gigih tentera islam mereka memperolehi kemenangan lalu menawan istana putih dan Yazdajir bin Syahriyar ( raja ghosasanah ) telah lari ke Halwan bersama dengan keluarganya..


  1. Peperangan Jalula

Akibat daripada kekalahan pada peperangan Madain maka Yazdajir telah mengumpulkan tentera untuk membalas dendam,telah menyediakan bala tentera di kawasan yang bernama Jalula, mereka telah mengorek parit disekelilingnya.akan tetapi ia tidak memberi kesan keatas tentera islam mereka menyeberangi parit tersebut..kemenangan berpihak kepada islam,Yazdajir sekali lagi melarikan diri pergi ke Rai..


  1. Peperangan Nahaund ( 21 hijrah )

Dinamakan juga dengan fathul futuh..Tentera islam di ketuai oleh Nu’man bin Maqran manakala tentera Paris diketuai oleh Fairazan.. Tentera Paris telah mengikat tubuh mereka dengan rantai seperti di dalam peperangan Zat Salasil..Panglima Nu’man telah syahid di medan peperangan lalu digantikan oleh Huzaifah bin yaman..Tentera islam diberikan kemenangan…


2. Di Syam dan Palestin..

Emh….. tungu posting lepah ni la plak ek..nak gi betulkan laptop saen :P salamz..





p/s : segala kenyataan diatas adalah atas bacaan serta kefahaman tiflu dari muhadarah doctor ( terdedah kepada kesalahan ) sekiranya ada kesalahan fakta sila bagitau ek syukran…




rujukan :

1) Tarikh khulafa, imam al-Hafiz Jalaluddin as-Sayuti, tahkik Dr Jamal Mahmud Mustafa, toba’ dar fajr litturas Qaherah

2) Mausu’ah Muyassarah fi Tarikh Islami, Dr Roghib as-Sirjani,

3) Khulafa Rasyidin, Dr Abdullah Ramadhan Abdullah, Jamiah Azhar Kuliah Lughah Arabiah Zagazig.