kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6/21/08

KYAI CEPOT!!!

“KYAI CEPOT”…. Hi geli hati tiflu bila terbaca tajuk video di Youtube ini, perkataan CEPOT membuatkan tiflu teringat sebuah lagu jawa yang dinyayikan oleh ustaz ketika berada di madrasah I’dadi dahulu, matannya berbunyi begini “ Aa copot Aa cepot pocot, Akhirnya giginya kempot” maksudnya?? Walaupun berdarah keturunan jawa tapi tiflu sendiri tidak dapat memahami bahasa jawa,alangkah ruginya, mungkin sahabat-sahabat boleh bertanyakan kepada mereka yang lebih arif..baik, sebelum meneruskan celoteh, tiflu ingin mengajak sahabat-sahabat menonton video ini telebih dahulu di link http://www.youtube.com/watch?v=D4--hqBPxQ4

Sudah menonton?? Bagaimana?? Pasti sahabat-sahabat terhibur dengan gelagat si cilik yang berceramah dihadapan penonton. Pelabagai gaya,gerak-geri serta nada suara yang mencuit hati..Mungkin ramai sahabat-sahabat yang telah menonton video ini, banyak yang dapat kita taklik kan dari pengamatan kita terhadap video ini..Satu program realiti yang amat baik serta dapat mendidik minda serta jiwa masyarakat baik dewasa mahupun remaja, lebih-lebih lagi kanak-kanak ke arah mengenal agama islam.. Bagi tiflu program seperti ini perlu diadakan di Malaysia, walaupun ia hanya satu pertandingan tapi ia sedikit sebanyak memberikan impak pada dakwah serta penyebaran islam.. Sahabat kecil seperti Kiki baru berusia 6 tahun tapi sudah pandai berbicara,berhadapan dengan orang ramai, memberikan peringatan pada penonton, ia sedikit sebanyak dapat menarik minat anak-anak kita ( den tak nikah lagi ek ) untuk menjadi seperti Kiki ini, program seperti ini lah yang sepatutnya di pertontonkan kepada anak-anak. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
“Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?Sahih muslim, hadis yang ke 4803..

Pendidikan yang sempurna kepada anak-anak amat penting dalam melahirkan sebuah institusi keluarga islam, Syaikh Abu Hamid Al Ghazal ketika membahas tentang perananan kedua ibu bapa dalam pendidikan mengatakan: “ketahuilah, bahawa anak kecil meRupakan amanat bagi orang tuanya. Hatinya yang masih suci merupakan permata alami yang bersih dari pahatan dan bentukan, dia bersedia dibentuk apa jua pun dan cenderong kepada adpa saja yang di sandarkan kepadanya. Jika diajarkan kebaikan dia akan hidup dalam kebaikan dan berbahagialah kedua orang tuanya di dunia dan di akhirat, juga bagi setiap pendidik dan gurunya. Tapi jika diajarkan kejelekan atau keburukan dan dibiarkan sebagaimana binatang ternakan, nescaya akan jadi jahat dan binasa. Dosanya pula ditanggung oleh guru serta walinya. Maka hendaklah ia memelihara serta mendidik dan mengajarinya akhlak yang baik…” kata-kata ini menegaskan kepada akan kita betapa pentingnya keperhatinan kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak, tidak dibiarkan mengikut kehendak mereka sesuka hati sehingga akhirnya mereka tidak menghormati ibubapa..Menjadikan ibubapa sebagai hamba, inilah antara tanda-tanda semakin hampirnya hari kiamat.. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: …….Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya…….” Sahih muslim, hadis yg ke 10..

Syaikh Yusuf Muhammad al-Hassan dalam bukunya berjudul “Tarbiatul Aulad fil Islam” telah menetapkan beberapa penilitian terhadap anak bermula sebelum lahir hinggalah ke usia remaja..

1. Penilitian anak sebelum lahir..

Proses ini dilakukan dengan membuat pemilihan isteri yang solehah serta suami yang soleh.. Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Kahwinilah perempuan itu kerana empat perkara: Kerana harta benda, keturunan, kecantikan, dan agama. Tetapi utamakanlah wanita yang taat kepada agama, pasti kamu akan bahagia sahih muslim, hadis ke 2661.. Termasuk juga dalam bab ini ialah menuruti tatatertib islam dalam kehidupan rumah tangga.. Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sekiranya seseorang itu ingin bersetubuh dengan isterinya hendaklah dia membaca DOA Yang bermaksud: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku! Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya sahih muslim, hadis ke 2591..

2. Penilitian anak ketika dalam kandungan.

Islam mengalakkan akan ibu yang hamil menjaga permakanan mereka,makanan yang berhasiat serta berzat, sering mendengar al-Quran agar anak yang berada di dalam kandungan terkesan dengan bacaan al-Quran tersebut.. islam juga mensyariatkan agar ibu yang hamil tidak berpuasa pada pada bulan Rmadhan untuk kepentingan janin yang dikandungnya.. Sabda Rasulullah sesunguhnya Alah memlepaskan separuh solat bagi orang yang musafir, dan puasa bagi orang yang bermusafir,wanita yang menyusui dan wanita hamil” hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi dan An Nasa’i…

3. Penilitian anak selepas kelahirannya.

Dianjurkan kepada ibubapa untuk melakukan :

1) Menyerukan azan dan ikomat di telinga bayi.. Abu Rafi’ berkata aku melihat rasulullah memperdengarkan azan pada telinga Hassan bin Ali ketika dilahirkan oleh Fatimah” hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi..

2) Tahnik… melembutkan sebutir kurma dengan dikunyah lalu di suapkan atau di sapukan di lelangit mulut bayi.. Hadis Aisyah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w diajukan seorang bayi, lalu baginda memberkatinya dan meletakkan sesuatu pada lelangitnya
sahih muslim hadis ke 4000.. Dr Faruq Masahil telah menulis akan kelebihan tahnik “Tahnik adalah merupakan mu’jizat nabi dalam kedoktoran selama empat belas abad,agar manusia mengenal tujuan dan hikmah di sebaliknya. Para doctor telah membuktikan bahawa semua anak kecil (teruatam yang baru lahir dan menyusu) terancam kepada kematian, ia disebabkan salah satu dari dua perkara: a) kekurangan jumlah gula dalam darah.. b) suhu badannya menurun ketika terkena udara dingin di sekilingnya..”

3) Memberikan nama yang baik.. diriwayatkan daripada Wahb Al Khats’ami bahawa Rasulullah bersabda: “ Gunalah nama nabi-nabi, dan nama yang amat disukai Allah Ta’ala ialah Abdullah dan Abdurrahman, sedang nama yang paling manis ialah Harith dan Hammam, dan nama yang sangat jelek ialah Harb dan Murrah” hadis riwayat Daud an Nasa’i..

4) Aqiqah.. Ia merupakan sunnah yang sangat dianjurkan pada orang islam.menyembelih kambing untk bayi pada hari ketujuh dari kelahirannya..bagi lelaki dua ekor dan bagi perempuan seekor.. Dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah bersabda : “ untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sebanding manakala untuk anak peperempuan seekor kambing” riwayat Ahmad dan Turmuzi..

5) Mencukur rambut bayi.. Syekh Abdullah Nasir ulwan menulis dalam kitabnya Tarbiatul Aulad fil Islam, terdapat banyak faedah akibat daripada bercukur rambut bayi ini antara nya dapat menguatkan kepala,membuka minda di samping memperkuatkan panca indera penglihatan,pendengaran dan deria hidu..

4. Penilitian anak pada usia setelah enam tahun

Pada tahan ini anak ditahap mempelajari sesuatu berdasarkan keadaan sekeliling, pada peringkat ini ibubapa mesti memberikan pendidikan sebaik yang mungkin..Penekanan terhadap agama perlu di pertingkatkan pada usia ini..

a) Memberikan pengenalan mengenai Allah dengan cara yang sederhana.. tiada penyukutuan selain daripada Allah,dia yang maha kuasa memerintah seluruh alam..memupuk cinta pada Allah dengan menanamkan rasa bersyukur atas nikmat yang telah diberikan dan sebagainya

b) Memberikan penekanan terhadap hukum-hakam yang jelas dan mengenai halal dan haram.. menyuruh mereka menutup aurat,mengerjakan solat, melarang mereka daripada berkata bohong dan sebagainya..

c) Mengajar mereka membaca al-Quran.. Hadis Abu Musa Al-Asy'ariy r.a katanya:Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran ialah seperti perumpamaan buah utrujah iaitu buah yang berbau harum dan rasanya enak. Manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya akan tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Quran ialah seperti buah Raihanah iaitu buah yang berbau harum tetapi rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah hanzhalah (peria) iaitu buah yang tidak ada bau sama sekali dan ditambah pula oleh rasanya yang pahit

d) Menghormati ibubapa serta orang yang lebih tua dari mereka.. penekanan terhadap adab-adab pada ibubapa amat penting dalam membentuk akhlak yang terpuji pada anak-anak..Sekiranya ibubapa sendiri sudah tidak dihormati bagaimana dengan orang lain..Allah Ta’ala telah berfirman maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopansantun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." Al-isra ayat 23,24..

e) Dan pelbagai lagi didikan agama serta adab-adab yang perlu di titik beratkan pada usia ini..

5. Penilitian ketika usia remaja.

Pada usia ini anak-anak mengalami peningkatan umur baligh.. pada ketika ini anak sudah sedikit dewasa dan mereka biasanya menuntut supaya tidak diperlakukan seperti budak-budak..ibubapa perlu bijak mengawal situasi ini, tidak terlalu syadid dengan mereka tapi tegas..perlu mengigatkan mereka akan hukum-hukum akil baligh pada mereka agar mereka tidak terjerumus ke kancah maksiat..Menyibukkan mereka dengan aktiviti yang bemafaat serta berilmu..

Ramai remaja zaman sekarang yang tidak dihiraukan oleh ibu bapa kerana menganggap mereka sudah besar dan tidak perlu diperhatikan secara serius..Perkara seperti ini lah yang menyebabkan banyak berlakunya gejala sosial yang teruk di kalangan remaja-remaja..semoga kita sama-sama dapat berusaha dalam membanteras masalah-masalah seperti ini…insyallah…