kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6/19/08

MENANGISKAH KITA??

Salam alaik…salam ceria salam ukhwah untuk sahabat2 semua.. Doa tiflu untuk sahabat-sahabat agar di beri kesihatan yang baik serta sempurnaan iman insyallah.. emh nak cerita apa pulak kali ni ek..ok insyallah pada posting kali ini tiflu ingin berkongsi sedikit sebanyak hasil dari apa yang telah tiflu baca dari satu penulisan ilmiah yang bertajuk “mata yang tidak menangis di hari kiamat” setelah selesai membaca tulisan ini tiflu tertanya-tanya dalam diri, adakah aku tergolong dalam 3 golongan ini?? Tiflu yakin sahabat-shabat juga ingin tergolong dalam golongan ini..siapakah mereka??

Semua kaum muslimin berkeyakinan penuh bahawa satu hari nanti akan berlakunya pengakhiran bagi segala sketza kehidupan di dunia ini dan akan datang pada suatu ketika manusia akan di himpunkan di satu tempat yang luas untuk diadili setiap amalan yang telah di lakukan di muka bumi dahulu.. Peristiwa hari Kiamat ini telah di ceritakan berkali-kali oleh Allah di dalam al-Quran.. di dalam surah al-Ghosyiah yang bermaksud

“Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?..
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina..
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah..
Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar),..
Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya…
Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri..
Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun..
(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri..
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia)..
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya)..

Di dalam ayat di atas menerangkan kepada kita bahawasany pada hari kebangkitan nanti tidak semua wajah-wajah manusia berada dalam ketakutan, terdapat wajah-wajah yang ceria,berseri-seri disebabkan amalan keimanan yang telah mereka kerjakan di dunia dahulu..

Rasulullah telah bersabda mafhumnya “semua mata akan menangis pada hari kiamat kecuali tiga, yang pertama mata yang menangis kerana takut kepada Allah Swt. Yang kedua mata yang dipalingkan dari apa-apa yang diharamkan oleh Allah, yang ketiga mata yang tidak tidur kerana mempetahankan agama Allah” adakah kita tergolong dalam kumpulan ini?? Fikir-fikirkanlah...

Pada zaman dahulu diceritakan terdapat seorang lelaki yang sentiasa melakukan amalan-amalan maksiat,mengikut hawa nafsu,bercanda di tempat-tempat yang penuh dengan kedurjanaan.. Pada satu hari ketika dalam perjalanan pulang dari kemaksiatannya dia telah mendengar suara seseorang membaca ayat al-Quran, ayat itu bermaksud Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.” Al-Hadid ayat 16.. Setibanya di rumah, sebelum tidur, lelaki tersebut mengulangi apa yang telah dia dengari sebentar tadi,tanpa disedari air mata telah mengalir di pipinya. Lelaki tersebut telah merasakan ketakutan yang amat dasyat,bergetar hatinya memikirkan akan kemaksiatan yang telah sekian lama dia lakukan. Selepas itu, dia telah berazam atas dirinya agar berubah dan akhirnya beliau menjadi seorang ulama yang besar, beliau adalah Fudhail bin Iyadh.. Mengalirkan air mata penyesalan takut kepada Allah Swt..Beruntunglah mata yang pernah melakukan kesalahan lantas bertaubat atas segala kesalahannya dan terus istiqomah dalam kebaikan..

Yang kedua ialah mata yang dipalingkan dari melihat atau melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Swt..

“Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu mendirikan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!, seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanyaSahih bukhari hadis yang ke 1712..

Menolak akan ajakan seorang perempuan cantik rupa paras untuk melakukan kemaksiatan..ahh alangkah bahagianya mata ini yang tidak melihat akan kemaksiatan ini..bagaimana dengan kita sahabat-sahabat? Selangkah keluar rumah sudah melihat pelbagai maksiat di depan mata, bersama-sama kita berusaha mengatasinya insyallah..

Dan yang ketiga ialah mata yang tidak tidur kerana membela agama Allah,tidak tidur dek menegakkan agama islam di seluruh muka bumi,Seperti mata pejuang-pejuang islam dalam menyebarkan dakwah islamiah.. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Nabi s.a.w telah ditanya: Apakah yang dapat dibandingkan dengan jihad pada jalan Allah? Nabi s.a.w menjawab: Kamu tidak akan sanggup melakukannya. Pertanyaan tersebut diulang sehingga dua atau tiga kali. Tetapi baginda masih menjawab: Kamu tidak akan sanggup melakukannya. Pada kali yang ketiganya baginda bersabda: Perumpamaan orang yang berjihad pada jalan Allah samalah seperti seorang yang selalu berpuasa dan selalu melakukan ibadat malam serta taat kepada ayat-ayat Allah. Beliau tidak merasa letih dari puasa dan sembahyangnya sehinggalah orang yang berjihad pada jalan Allah itu kembali.. sahih Bukhari, hadis yang ke 3490”

Itu lah sahabat-sahabat tiga pasang mata manusia yang tidak akan menangis pada hari kiamat kelak..Bayangkan kita di dalam himpunan manusia yang sangat ramai yang sedang menyesali akan kejahatan yang telah mereka lakukan di dunia akan tetapi kita bergembira,ceria disebabkan amalan kebaikan yang telah kita lakukan di dunia..bersama-sama kita insafi,bersama-sama kita muhasabah kembali diri kita agar kita tergolong dalam golongan yang di berikan naungan serta kemulian oleh Allah di Akhirat kelak insyallah aminn ya Rob..