kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/11/08

USTAZ MUMTAZ VS USTAZ RASIB

PESANAN!!!

Coretan ini tiada kaitan samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia,juga tiada kaitan di mana-mana tempat yang terdapat di dunia ini,ia hanyalah sekadar cetusan idea dari penulis akibat daripada kekusutan pemikiran yang sedang berlaku..harapan kepada semua pembaca,dapat mengambil manfaat dari coretan ini :)

UST MUMTAZ VS UST RASIB

Jam 3pg

UM : sedang solat tahjud

UR : sedang menonton filem ( baru siap download )

Jam 4pg

UM : bersiap unuk menunaikan solat subuh

UR : bersiap untuk tido

Jam 5pg

UM : solat berjemaah di masjid

UR : solat berjemaah di Madinah ( dalam mimpi )

Jam 6pg

UM : membaca al-Quran

UR : membaca no ekor ( mengigau )

Jam 7pg

UM : mula study

UR : mula mimpi baru

Jam8pg

UM : habis satu madah

UR : baru habis mimpi dengan Soadah

Jam9pg

UM : sembahyang Dhuha

UR : sembahyang dhuha tapi ada Qunut

Jam10pg

UM : buka internet.. baca perkembangan semasa

UR : buka internet.. baca movie semasa

Jam 11pg

UM : Sambung study

UR : Sambung chating

Jam 12tgh

UM : bersiap untuk solat zohor

UR : “ tak pe ko gi dlu” atau “kirim salam kat tok imam ek”

1ptg

UM : makan tgh hari

UR : makan berjemaah sekali

2ptg

UM : membuat nota

UR : buat taik mata

4ptg

UM : bersiap solat asar

UR : baru nak solat zohor

5ptg

UM : rehat . riadah

UR : duduk di padang dah

7ptg

UM : berada di surau tunggu azan maghrib

UR : masih di padang sebelah surau tunggu azan maghrib

9mlm

UM : mula study

UR : mula stido (keletihan)

12 mlm

UM : tido

UR : mula hari baru

5HARI SEBELUM EXAM

UM : “ya Allah imtihan dekat dah, aku kene bersunguh2”

UR : “ish hero tak gaduh ada 5 hari lagi”

1HARI SEBELUM IMTIHAN

UM : “alhamdlillah”

UR : “waduh2”

KETIKA IMTIHAN

UM : :)

UR : :(

LEPAS IMTIHAN

UM : “alhmdlillah dapat jawap semua”

UR : “insyallah jawap balik semula”

KETIKA KEPUTUSAN

U.MUMTAZ : tahniah!!!

U.RASIB : takziah!!!

إن الله لا يغير ما بقوم حتي يغيروا ما بانفسهم

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. " ( ar-ra’du. Ayat 11 )

Adakah kita ingin menjadi seperti ust Rasib?? TAKZIAH!! KAMU RASIB..oh satu pengakhiran yang cukup menyedihkan bagi seorang yang bergelar pelajar..siapakah yang harus dipersalahkan?? Soalan susah atau kita yang menyusahkan diri? Tiada mukarar atau kita yang tidak ingin mukararkan diri kita? tidak cukup waktu atau kita yang tidak membahagikan waktu? Sudahkah kita berusaha?? Usaha sekecil pasir inginkan kejayaan sebesar gunung??

Beruntungnya seorang yang seperti ust Mumtaz, mumtaz dalam segala segi. Rohani,jasmani semuanya mumtaz..TAHNIAH KAMU MUMTAZ!! Ya allah satu ucapan yang cukup dinanti-natikan oleh semua umat manusia yang bergelar pelajar..gembira,suka, tidak dapat di bayangkan bagaimana perasaan ketika itu..Ya ini lah hasil atas segala penat lelah kita selama ini berbaloi tak? Sangat berbaloi AGI HIDUP AGI GELABAN!! Yaps ini yang harus kita pegang SELAGI HIDUP SELAGI BERJUANG!! Jangan mudah putus asa,selagi kita ada masa selagi itu kita berpeluang untuk berjaya..selagi kertas jawapan tidak dihantar selagi itu kita mampu untuk terus berusaha..pastikan DUIT ada sentiasa bersama antum (Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal ) SUSAH-SUSAH DAHULU BERSENANG-SENANG KEMUDIAN…

KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA!!! AMINN insyallah…

PESANAN DARI UST MUMTAZ ( PENGERUSI DPMZ ) :

BELAJAR BERSUNGGUH2, SEMOGA SEMUA NAJAH PAKAT2 BURU MUMTAZ :)