kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/13/08

SALAM IMTIHAN....


IMTIHAN, EXAM, PEPERIKSAAN… satu perkataan yang sama maksud berbeza bahasa yang sering menjadi igauan para pelajar di seluruh dunia tak kira di peringkat i’dadi, thanawi, jami’ah mahupun mejester..Ada yang menganggap ianya sebagai satu kepayahan “ala apa nak imtihan lak naik tahun je terus kan mudah,tak payah nak susah-susah nagapal” ada pula yang menganggapnya satu cabaran sebagai seorang pelajar dan berasa seronok dengan peperiksaan “bila nak imtihan ni, dah tak sabar-sabar rasa nak jawab, geletar dah tangan nak jawab imtihan ni” tapi tak study lagi pun..macam-macam ada..sama la tiflu pun…

Pelbagai ragam akan kita dapati dlam fatrah imtihan ini yang akan ditunjukkan oleh sahabat-sahabat kita.. tika muzim imtihan ni la rajin nak update blognye ( den la tu :P ) tika ni la ahli bait buat masalah,(bukan ahli bait tiflu ek) tika exam ni la selalunya kita ditimpa pelbagai masalah..Itulah ujian yang akan kita hadapi… Sebagai seorang yang beriman yang mengaku sebagai seorang islam dan berjuang dalam islam dia tidak akan terlepas dari ujian Allah..Hal ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firmannya :

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ

وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ*

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Angkabut 2,3 )

Jadi bersabarlah dengan ujian yang akan ditimpa keatas kita dalam fatrah imtihan ini..jadikan ujian tersebut sebagai semangat untuk kita hadapai ujian dalam pelajaran..

Di kesempatan ini tiflu ingin memohon jutaan kemaafan kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri tiflu dan juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli bait tersayang yang selalu memberi semngat,sahabat-sahabat dari kuliah lughah mustakim,soleh,mursyid, sahabat-sahabt dari kuliah lain aizam,bobo,razi,abang long kak long dan lain-lain syam medic( yg sllu duk sibuk) juga sahabat-sahabat dari medic terima kasih di atas semngat yang kalian berikan pada tiflu..syukran semoga Allah membalas jasa baik antum dengan kejayaan antum dalam imtihan yang akan dihadapi ini insyallah…

YA ALLAH KAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN KAMI DALAM MENGHADAPI IMTIHAN INI YA ALLAH,SAMADA IMTIHAN DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT.. YA ALLAH KAU PERMUDAHKAN KAMI UNTUK MENGHAFAZ APA YANG TELAH KAMI PELAJARI,KAU PERMUDAHKAN KAMI UNTUK MEMAHAMI AKAN APA YANG KAMI BACA,JUGA UNTUK MEMAHAMI SEGALA SOALAN YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA KAMI.PERMUDAHKANLAH KAMI UNTUK MENJAWAP SEGALA SOALAN-SOALAN YANG DIBERIKAN..YA ALLAH KAU BUKAKANLAH HATI2 KAMI, KAU BERSIAHKANLAH HATI2 KAMI AGAR KAMI DIPERMUDAHKAN UNTUK MENGINGATI SEGALA YANG TELAH KAMI BACA DAH HAFAZ YA ALLAH.. HANYA PADA MU KAMI SEMBAH DAN HANYA PADAMU KAMI MINTA PERTOLONGAN KAU PERKENANKANLAH DOA KAMI INI DAN BERJAYAKANLAH KAMI DALAM IMTIHAN YANG AKAN KAMI HADAPI INI YA LLAH YA RAHMAN YA RAHIM…AMIN YA RABBAL’ALAMIN…