kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/2/08

JGN TENSON TAISON EK.. GUMBIRAKAN MINDA ANTUM LU K..


SALAM ALAIK SAHABAT2 SIHAT? CAMNE STUDY? TENSEN? YG GILA PUN ADA GAK? UISH KES BAHAYA NI..RILEKS2 TENANGKAN JIWA,INGAT MAK AYAH KAT UMAH,AMIK AIR SEMAYANG, WAT SOLAT HAJAT BEBANYAK, KLU PENING2 BELI VTACID, KLU XFHAM TANYA CIKGU K..SLOW2 EK INSYALLAH BLH NYE ( huu den sbenarnye insan yg malang tu :( ) K LA APA KATA SAHABAT2 BACA LU CITE2 LAWAK KAT BAWAH NI UNTUK GUMBIRAKAN HATI STABILKAN PENIN2 TU K..SELAMAT MEMBACA.. ( copy paste je :P )

KISAH SATU :-

RELOAD PREPAID TANPA DUIT.....

Kat sini aku ada berita baik punya untuk menjimatkan poket kawan-kawan yang sentiasa kering. Cara me reload prepaid tanpa membayar duit. Pelik kan.

Aku dapat daripada awek kat kedai handphone masa aku round kat suria klcc. Duduk berborak dengan dia aku pun korek lah rahsia pasal handphone ni. Last-last cair jugak dia. Dia pun bagi tau lah aku cara-cara nak mereload prepaid ni secara percuma.

Ok, sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan ngkorang... untuk semua talian 012,013,016,017 dan 019,anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk mereload prepaid anda. disini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang agak illegal yerr.. tapi cara mereload handphone ini hanya boleh digunakan pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan. Ini kerana setiap talian ini di upgrade pada masa-masa ini.

Ok, kepada pengguna talian 012,013,016,017,019 ambik telefon anda dail 1415007 dan tunggu dalam 5
saat dan anda akan dengar seperti bunyi bising, tunggu sehingga bunyi itu hilang dan dail 9151 tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon anda.

Anda akan dengar dia cakap "please insert you pin number" masukkan 011785 45227 00734 tunggu selepas dia kata nombor pin selesai, lepas tu dial 0405 untuk k.l, 0406 untuk yang duduk di selangor.

Anda akan mendengar "for airtime top-up press 1723" selepas dail nombor tadi tekan nombor telefon anda sekali lagi.

Tunggu selepas bunyi bising selesai, dial 4455147 diikuti 146 selepas 5 saat... ok, selepas beberapa saat, anda akan mendengar "your pin number is accept" anda terus dail 1007 dan anda akan dengar "your emey number is accept" terus dail 4566 dan anda akan dengar "your password is accept".

Lepas itu terus dail nombor talipon anda dan anda akan dengar "kepala hotak kau, kat dalam dunia ni mana ada benda yang free, masuk toilet pun kena bayar 20 sen" dan anda terus matikan handphone anda dan akan kata "jahanam punya orang hantar e-mail ini!" tapi lepas itu kamu akan forward kepada rakan-rakan untuk menipu mereka pula....

Sudah lah pi balik buat kerja masing-masing..

Sekian,terima kasih......

=====
KISAH2 X LAWAK...


*****

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta tu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu tu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak hairan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumah dia.


*****

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina cukup. Anjing A training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada anjing A, sempat makan lagi. Anjing A pun tak puas hati, tapi anjing B kata, "Rileks la, aku ni kan anjing laut."


*****

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi "apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong
merah tu?"


*****

Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut dipanggil penipu, penjual berkata "Eh! tadi merah, pasal jatuh tu la, dia takut jadi pucat dan putih." Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka penjual tu.


*****

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang beserta 2 orang kenamaan jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu disoalsiasat oleh polis, "Cuba ceritakan apa yang terjadi untuk memudahkan siasatan." "Mmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya rasa sejuk sangat. Jadi, saya matikanlah kipas Helikopter tu..."


*****

Ramli menyewa sebuah pejabat yg cantik beserta perabot antik. Sedang dia duduk sendirian, tiba2 dtg seorang lelaki. Utk menunjukkan kesibukannnya, Ramli mengangkat telefon berkata2 berseorangan seolah2 sedang berbincang tentang sesuatu projek besar. Setelah beberapa minit bercakap, dia memandang lelaki tadi yg masih tercegat di depannya. "Boleh saya tolong?"tanya Ramli. "Encik! Saya datang nak pasang telefon" kata lelaki tersebut sambil tersengih.


*****

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: "Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh saya membaca macam org lain???"Dah tentu," jawab doktor. "Oh gembiranya. Dah lama saya buta huruf.akhirnya boleh juga saya membaca."kata lelaki itu dengan riang.


*****

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan. Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya..


*****

Ketika memeriksa seorang pesakit, Dr Rafik mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas. Surirumah: Doktor! Doktor! Anak saya makan semut! Doktor: Tak apa, jgn cemas. Semut tak berbahaya. Surirumah: Tapi, saya dah beri dia makan racun serangga agar semut tu mati. Doktor: Apa???Cepat bawa dia ke hospital!


*****

Peter yg telah lama bertugas di Hong Kong terkejut apabila tunangnya tiba2 ingin memutuskan pertunangan. Wanita itu juga meminta dikembalikan semua gambarnya. Lalu Peter memungut semua gambar yg ada dalam simpanannya kemudian dibungkus dalam kotak besar lalu diposkan kepada tunangnya bersama nota: "Maaf, aku lupa yg mana satu gambarmu. Pilihlah sendiri gambar tu, tapi ingat selebihnya kembalikan kepadaku.."


*****

Seorang gadis membawa teman lelaki barunya yang berasal dari bandar pulang ke kampung untuk bertemu dengan neneknya.Setibanya ke rumah, si gadis terus meluru masuk ke dapur dan memeluk neneknya. Lupa tentang teman lelakinya yang masih di ruang tamu, si gadis tersebut terus berbual dengan neneknya.Teman lelakinya terus duduk di ruang tamu, sambil menantikan kekasihnya di dapur dia terpandang semangkuk kecil kacang badam dan gajus di atas meja. Bosan menunggu, diapun terus mangambil sebutir kacang, lalu memakannya.. setengah jam kemudian.. habis semangkuk kacang itu dimakannya!Si gadis setelah puas berborak dengan neneknya baru teringat yang teman lelakinya masih berada di ruang tamu. Lalu dia dan neneknya baik ke ruang tamu "Nenek, inilah teman lelaki saya yang katakan tadi.., Yang, minta maaf lupa nak kenalkan dengan nenek tadi," kata si gadis.. "Tak mengapa, saya pun nak minta maaf dengan nenek, habis semangkuk kacang nenek saya habiskan.." kata pemuda itu pula. "Itulah cu, cucu-cucu nenek ini suka berikan nenek coklat kacang, tapi nenek ni bukannya ada gigi, jadi nenekpun hisaplah coklat tu sampai habis, kacangnya nenek letakkanlah dalam mangkuk tu..."

SELAMAT MENGHADAPI IMTIHAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DI MESIR...SEMOGA ANTUM MEMPEROLEH KEJAYAAN INSYALLAH AMINNN YA ROB.. KULLU 'AM WA ANTUM NAJIHIN....