kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/11/08

AYUH BALAS JASA IBUMU!!!




..بسم الله الرحمن الرحيم



ووصينا الإنسان بولديه حسنا

Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu - bapanya
( Al-angkabut, 29 )

وقضى ربك الا تعبدوا إلا إياه وبالوالدين إحسانا إما يبلغن عندك الكبر أحدهما أو كلاهما فلا تقللهما أف ولا تنهرهما وقل لهما قولا كريما...

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.. (Al-Israa’ 17 )

قال رسول الله لرجل حين يسأله : "من أحق الناس بحسن صحابتي؟ قال : أمك, قال : ثم من؟ قال : أمك, قال : ثم من؟ : قال : أمك, قال : ثم من؟ قال : أبوك " ( خرجاه فى الصحيحين )

Telah bersabda rasulullah kepada seorang lelaki ketika ditanyakan kepada baginda : “siapakh manusia yang paling layak aku berbuat kebaikan padanya? Rasulullah bekata : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasululah : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu.. ( au kama qol rasulullah )

“ Bayangkan ketika kamu pulang ke rumah kamu dapati orang ramai memenuhi kawasan halaman rumah kamu..terdetik di hati kamu “apa yang sedang berlaku sebenarnya?” semua jiran tetangga,saudara mara kelihatan muram, ada yang menitis air mata, ada yang tertunduk.. dan apabila kamu memasuki ke ruang tamu rumah, kamu dapati sekujur tubuh sedang berbaring di ruang tamu,badannya diliputi kain batik,bau asap kemian menusuk hidung.. kamu dapati along,angah,acik,adik sedang duduk bersebelahan tubuh tersebut, sedih,pilu,teresak-esak itulah keadan mereka pada ketika itu..apabaila didekati tubuh tersebut kamu dapati bahawa tubuh itu adalah kepunyaan IBU kamu..ibu telah meninggal..apa perasaan kamu ketika itu? Sudahkan kamu berbakti pada ibu kamu? Sudahkah kamu memohon maaf atas segala kesalahan yang telah kamu lakukan padanya? Sudahkah kamu membalasi segala perit pengorbanan yang telah ibumu lakukan? Sudahkan kamu mengembirakan ibumu dengan kejayaan mu? Apa jasa mu pada ibu? Apa ? berbaktilah selagi kamu masih mampu berbuat demikian..”

Tanpa disedari menitits air mata tiflu ketika mendengar kata-kata itu..kata-kata yang kelura dari mulut seorang abang fasilitator Kem Bimbingan Islam yang telah tiflu ikuti 3 tahun lepas ketika tiflu di sekolah menengah..Ya, apakah yang telah kita lakukan untuk ibu kita? Dalil-dalil naqli yang terdapat diatas cukup untuk menegaskan kepada kita akan bertapa pentingnya berbuat baik pada ibu bapa kita..dan jangan sekali-kali mengingkari perintah mereka keculi perintah itu yang membawa kearah kemaksiatan.

. Rasulullah telah menegaskan sebanyak tiga kali apabila ditanyakan kepada baginda akan insan yang paling utama untuk kita berbuat baik iaitu ibu.. ibu yang telah menanggung kita selama9 bulan,melahirkan kita,menjaga kita sejak dari kita kecil,menyusukan kita,membelai kita sejak dari kecil, mencorak kita dari tidak mengetahui apa-apa sehingga menjadi seorang yang berjaya..

Firman Allah :

ووصينا الإنسان بوالديه حملته أمه وهنا على وهن وفصاله فى عامين أن اشكرلى ولوالديك إلى المصير...

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menanggungnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (Luqman, 31 )

Sempena dengan musim imtihan ini tiflu lebih suka membawa sahabat-sahabat kearah mencipta kecemerlangan dalam pelajaran..Buktikanlah pada ibu kita,bahawa mereka tidak sia-sia mempunyai anak seperti kita,tidak sia-sia dia melahirkan kita..tidak sia-sia membesarkan kita..adakah sahabat-sahabat ingin membiarkan ibu kita menangis kerana melihat kegagalan kita? Atau sahabat ingin melihat ibu kita menangis kerana kejayan kita..

"يعرف الطفل أمه من إبتسامتها"kalau mahu melihat sedemikian ayuh bangkit!! Bangun!! Kuatkan azam,tekadkan pendirian,perkasakan usaha agar kita dapat membalas segala penat lelah,perit ranjau ibu dalam membesarkan kita dengan kejayaan kita di sini.. cuba sedaya upaya untuk menjadi USTAZ MUMTAZ (tiada kaitan dgn mana-mana insan) pepatah arab mengatakan

اللأم لا تقول ما تريد بل تعطي" jadi dimasa ini lah kita membalas segala pemberiannya ketika kita kecil..jangan ditanyakan apa yang ibu inginkan tetapi kita sendiri yang memberikan keinginan kepadannya.. semoga dengan sempena hari ibu ini dapat sama-sama kita meningkatkan keazaman kita untuk mencipta kejayaan insyallah..

KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA!!!

أللهم اغفر ذنوبنا ولوالدينا وارحمهما كما ربينا صغيرا أللهم ادخلهما فى جنتك وجنبهما من عذاب النار....