kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

2/12/08

JAULAHKU KE SEMENANJUNG SINAI.. :)

"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." (QS. 29:19-20)

"Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu." (Al An'am: 11)

Segala puji bagi allah yang telah menganugrahkan nikmat yg besar bagi kita iaitu nikmat iman dan islam,serta mengizinkan lagi kepada kita untuk sama2 kita beribadah kepadanya, beserta selawat dan salam atas junjungan besar kita nabi MUHAMMAD s.a.w,ahli kuarga serta sahabat2 baginda...
Syukur alhamdlilliah dengan berkat rahmat Allah yang maha agung sekali lagi tiflu dapat menjejakkan kaki ke tanah semenanjung sinai bersama dengan sahabat2 seperjuangan dari zaqaziq, jaulah tiflu kali ini amat bermakna dari jaulah yang sebelumnya, pada kali ini tiflu dapat menziarahi kawasan2 yang bersejarah yg tiflu xpernah pergi sebelum ni hasil peninggalan dari nabi2 terdahulu serta mengetahui sejarah2 peninggalan tersebut yang tiflu dapat dari penerangan yg diberikan oleh musyrif serta penduduk setempat..
Segi Tiga Sinai merupakan Semenanjung yang mirip sebuah pulau yang di apit oleh dua buah telok iaitu Suez dan Aqabah..seluruh semenanjung ini merupakan padang pasir dan gunung ganang batu.Di sini tercatat pelbagai peristiwa sejarah2 kenabian..insyallah akan tiflu ceritakan ba'din
HARI PERTAMA.. 9.2.2008
Pada jam jam 12 tgh malam semua peserta2 jaulah telah berkumpul di dewan DPMZ (umah den la :) kami bertolak dari zaqaziq tepat jam2 pagi..doa telah kami panjatkan kehadrat ilahi agar perjalanan kami di berkati dan dijauhi dari segala malapetaka.. "mahasuci (Allah) yang menundukkan ini (binatang,kapal,kenderaan) untuk kami dan kami tiada kuasa mempergunakannya, (tanpa kurnia dari tuhan kami) sesungguhnya kami akan kembali kepada tuhan kami..." (az-zukhruf 13.14)
Mendapat tempat duduk yang paling belakang adalah satu pengalaman yang agak pahit di dalam perjalanan yang jauh apabila terpaksa menahan pening dan tido dalam keadaan tegak..:) kami menunaikan solat subuh di satu kawasan rehat yang berdekatan dengan terowong di terusan suez..terowong ini dikatakan memisahkan antara dua benua iaitu afrika dan asia,sekiranya di hirup udara antara kedua2 kawasan ini kita kan dapati perbezaannya, terubat kerinduan kami untuk menghirup udara asia..Terusan suez merupakan terusan buatan manusia yang terbesar sepanjang 163 kilomter dan selebar 300m..Di dalam tarikh adab ada menceritakan bahawa terusan ini telah di gali pada tahun 1956M semasa pemerintahan Basha..seramai 120,000 orang telah terkorban dalam menyiapkan terusan ini..Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala , dan menjadi kepentingan diantara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut secara kenderaan darat diantara 2 laut tersebut..Terusan tersebut menggabungkan dua bahagian, utara dan selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean hingga Teluk Suez di Laut Merah..
Kami meneruskan perjalanan ke satu tempat bersejarah iaitu Uyun Musa (mata air nabi musa) kawasan ini terletak 143km dari kaherah..ia dikatakan sebagai bekas dua belas mata air yang dipukul oleh nabi Musa A.S dengan tongkatnya.Setaip satu dari 12 mata air menunjukkan bagi setaiap kaumnya.. "Ingatlah, ketika Musa meminta air untuk kaumnya,lalu kami berkata: Pukullah batu itu dengan tongkatmu! Lalu terpancarlah dua belas mata air daripadanya. Sesungguhnya tiap2 orang telah mengetahui tempat minum masing2 makanlah dan minumlah dari rezeki Allah dan janganlah kamu bebuat bencana dimuka bumi sebagai orang jahat" (Al-Baqoroh 60) Di sini hanya terdapat dua mata air sahaja yang tinggal manakal yang lain telah tertimbus oleh pasir2..
Berhampiran dengan kawasan tersebut terdapat dua lagi kesan sejarah para nabi,yg pertama iaitu tempat dimana nabi musa telah membelah laut merah ketika beliau dan kaumnya dikejar oleh firaun dan tentera2nya..ketika itu baginda bersama dengan pengiku2nya telah sampai ke tebing laut merah dan dibelakang mereka terdapat ramai bala tentera firaun sehingga dikatakan umpama puting beliung yang datang menyerang disebabkan dari debu2 yang berterbangan hasil dari hentakan kaki2 kuda bala tentera firaun yang ramai..pada ketika itu trunlah wahyu allah kepadanya menyuruh baginda memukul tongkat kearah laut lalu terbentuklah 12 highway yang besar..ketika baginda dan para pengikutnya telah sampai ke seberang ketika itu firaun dan tenteranya telah sampai di tengah2 laut dan pada ketika itulah allah memerintahkan kepada laut untuk kembali bercantum,dan telah menghanyutkan semua bala tentera firaun lalu mati kelemasan.. "(Ingatlah!) ketika kami belah air laut untukmu, lalu kami lepaskan kamu dan kami tenggelamkan keluarga firaun,sedang kamu melihat mereka" ( Al-Bqoroh 50 ) Kawasan tersebut sekarang sebahaianya telahpun ditimbusi oleh pasir2 laut..
Yang kedua ialah telaga yang dikatakan telah digunakan oleh nabi ayub dalam memulihkan penyakitnya..air didalam terlaga ini agak panas2 suam,dan berbau belerang..cuba bayangkan di tengah2 padanag pasir tedapat satu telaga dan air telaga tersebut panas dan berbau belerang..ini lah diantara satu kekuasaan allah supaya manusia dpat memikirkannya..Nabi ayub ialah seorang yang amat sabar dalam menyebarkan dinul islam.. "Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (Shad: 44) Setelah Nabi Ayub AS menderita penyakit kronis dalam jangka waktu yang cukup lama, dimana sahabat dan familinya telah melupakannya,maka dia menyeru kepada tuhannya.
" ya tuhanku sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan engkaulah yang maha penyayang " (Al-Anbiya 83 ) "firman Allah kepadanya pukullah (ke bumi) dengan kaki engkau,lalu terbit mata air.inilah air mandi yang sejuk dan minumlah (lalu sembuhlah penyakit)" (shad 42)
Kami meneruskan perjalanan kami ke satu kesan peninggalan tentera israel..Tempat ini di panggil dengan nama Panorama Barlif ( Noktah Hasanah ) tempat ini pada asalnya adalah penempatan peralatan-peralatan milik tentera israel seperti kereta kebal.meriam, pakaian dan sebagainya ketika peperangan di antara israel dan mesir pada tahun 1967..peperangan ini berlansung selama 6 tahun dan berakhir pada tahun 6 oktober 1973, kemenangan berpihak kepada tentera islam mesir..kubu ini terletak di kawasa bawah tanah,ia di buat dari sel2 kereta api serta batu2 yang amat kukuh dengan mengunakan sistem hidrolik bagi menghalang dari dikesan radar2..keadaan kubu ini amat kukuh,syurtoh kubu memberitahu tiflu, bom seberat 1000 kilogram pernah di jatuhkan di atas kawasan ini bagi meletupkannya,tapi langsung tdak memberi kesan bayangkan la bertapa kuatnya akan tetapi Allah itu maha kuasa, firman Allah yg bermaksud "hai orang2 yang beriman, jika kamu menolong agama Allah niscaya Dia akanmenolong kamu danmenetapkan telapak kakimu" ( muhammad 7 ) Pada satu malam seorang syekh azhar telah bermimpi dan mendapat ilham cara untuk menghancurkan kubu israil tersebut hanya dengan satu cara untuk menghancurkannya, iaitu dengan serangan air..selepas itu beratus2 gelung air disediakan bagi menghancurkan kubu tersebut dari terusan suez yg mana jarak kubu ke terusan adalah 25 kilomtr..alhamdlillah setelah berperang selama 3hari kubu ini akhirnya dapat di tawan..Di kawasan ini terdapat 6 kawasan atau di pangil disyma' dan setiap disyma' bersambung ke kawasan2 bilik simpanan senjata dan bilik tidur..salah satu disyma' adalah kepunyaan ketua yg mana di dalamnya terdapat 3 bilik..keadaan di setiap lorong2 menuju ke bilik2 amat kukuh,ta'ajub tiflu melihatnya.. walaubagaimana hebat sekali pun seseorang itu ia tidak akan dapat menandingi kekuasaan yang Maha Esa..
Setelah puas menjelajah keseluruh pelusuk kubu kami meneruskan lagi perjalanan ke sebuah tempat di persisiran Teluk Suez. Di sana terdapat satu kesan peninggalan raja Firaun iaitu Hamam firaun,ia merupakan tempat bersiram Firaun, dan terdapat sebuah lubang yang ditebuk di kaki bukit.Udara panas yang keluar dari lubang tersebut di gunakan oleh Firaun untuk mengubati penyakit Rheumaatism..Kami beramai masuk kedalam gua tersebut untuk merasakan kehangatan udara di dalamnya.. Bagaikan mendapat rawatan mandi wap tak sampai berepa minit berada di dalam lubang tersebut seluruh badan kami di penuhi peluh..Terlintas di hati tiflu apakah yang terdapat di penghujung gua ini,berbekalkan sebuah lampu suluh tiflu bersama beberapa sahabat masuk lebih dalam,semakin dalam kehangatan udara semakin panas setelah beberapa minit kami akhirnya sampai di hujung gua dan kami mendapati terdapat sebuah kawasan air umpama telaga di hujung gua,apa yang amat menakjubkan tiflu keadaan air di kawasan ini tidaklah panas malah sejuk walaupun udara di dalamnya amat panas..subhanAllah maha suci Allah..Setelah beberapa minit kami pun keluar dari gua tersebut..alhamdulillah terasa segar seluruh badan...

( ikuti sambungannya.... )