kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/20/08

BERSAMA TINGGKAT USAHA!!!!


Salamun alaikum jamian...emh lama sungguh blog ni di biarkan tanpa sebarang posting sehingga berabuk, bukan setakat berabuk malahan dipenuhi sawang2 lelabah bak di dalam sejarah nabi ketika beliau berada di dalam gua Thur dalam perjalanan hijrah pertama dalam sejarah kenabian ke kota madinah,ketika itu pintu gua di penuhi dengan sarang lelabah,sehinggakan kafir quraish menganggap gua tersebut tidak berpunghuni...itulah ibarat blog ni setelah sekian lama ditinggalkan seperti tidak bertuan..insyallah sempena maal hijrah yang ke 1429 ni blog ini juga akan turut berhijrah kearah yg tingkatan yang lebih baik dan bermanfaat insyallah....


Fuuuhh alhamdlillaha selesai sudah fatrah imtihan yang cukup mencabar,penuh dugaan dan juga bagi tiflu satu fatrah yg amat2 menyeronokkan tau sbb apa?? sbb time imtihan ni la waktu kita paling rajin sekali..yaps rajin dari segala segi membaca,menulis,membuat nota n paling penting time ni lah kita selalu beribadah bagun qiam,solat hajat tul x?? tapi adakah semangat ni hanya berkekalan pada waktu imtihan?beribadah hanya semata2 imihan? alim hipokrit???? insyallah kita sama2 tangkis segala sangkaan2 ini dengan kita mengekalkan segala amaln2 tersebut hingga ke akhir hayat demi kebahagian, kecemerlangan dunia dan akhirat k insyaalah ...emh ..hidup bergelar seorang pelajar amat2 menyeronokkan,waktu ni kita tidak di bebankan dengan sebarang bebanan tanggungjawap yang berat..in mind just think about learning,how me can be excellent in education,(tul kke?? hi) klu de pun tanggung jawap dalam persatuan...


Perkataan JAMIAH, JAM'IYAH,JAMI' xdapat di pisahkan dalam hidup seorang pelajar..teringat tiflu ketika dilantik menjadi fasiditator tuk majlis minggu pengetahuan silaturrahim anjuran PMRAM07, ahli2 kumpulan di minta untuk menyediakan secawan teh yg sedap dengan membuat 2 pemilihan antara 3 benda iaitu gula,teh atau air...macam2 ragam dapat dilihat ada yang memilih teh dgn air,ada yang memilih air dgn gula dan natijahnyer tetap sama iaitu tidak dapat menyediakan secawan air teh yg sedap...pelbagai taklikan yg diberi oleh ahli2 kumpulan dan kesimpulannya hanya satu.. di ibaratkan air,gula,teh tadi seperti jami', jamiah dah dan jam'iyah...sekiranya x ditunaikan salah satu kita xakan dapat membuahkan hasil yang lumayan...rajin beribadah,rajin belajar tapi x bepersatuan atau bercampur masyarakat,di manakah manfaat ilmu yg telah kita pelajari?? sedangkan kita sering mendengar malah menghafaz sabda nabi yg bermaksud "sebaik2 kamu ialah orang yang mempelajari alquran dan mengajarkan nya" adakah ilmu yg kita belajar hanya untuk diri sendri...dalam hadis panjang yg lain sabda nabi yg bermaksud " sampaikanlah daripada ku walau satu ayat"...dimanakah dakwah kita? nak tggu habis ngaji dlu baru nak berdepan dengan masyarakat? ke nak tunggu masyarakat dah punah ranah baru nak gi betulkan??... rajin bepersatuan,rajin beribadah tapi malas belajar,kuliah tak hadir,talaki x pergi...apa yang ingin kita sampaikan pada masyarakat kalu kita sendiri tergolong dalam golongan orang yang baladah, ghubarah dalam ilmu?? wow!!! bercakap,bersyarah bagaikan ngauman si raja rimba tapi tiada getaran dalam hati dri si pendengar...cakap berapi kentut berasap.....sapa tu?? semua ni di tuju khas untuk diri tiflu yang lemah dan hina ini,setela lebih setahun berada di bumi anbiya ini, dri seolah2 tidak pernah berlaku apa2 perubahan hanya datang belajar tapi ilmu tetap kosong, sekosong2nya jauh ketinggalan klu nak dibandingkan dengan sahabat2 yg lain apatah lagii klu ingin dibandingkan dgn ulama2 yg berada di bumi ini, ya allah kuatkanlah keimanan dalam dri ku ini kuatkn ketabahan dri ku utuk terus berjuang menyingkap segala khazanah2 ilmu di bumi ini...dan kuatkanlah semangat diri kami untuk terus thabat dalam perjuangan membela agama islam dalam apa jua bentuk insyallah...sama2 kita berdoa agar kita di beri kejayaan dalam imtihan di duni mahupun di akhirat insyallah....