kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

10/14/07

SELAMAT HARI RAYA...


Selamat hari raya ana ucapkan kpada sahabat2 yang mengenali ana sekelian... fuhh lama tul ana x posting dalam blog nie bukan setakat berabuk dah berkulat dah pun ni hah hee.. ma'alish la lani agak menyibuk ckit campur malas skit tu yang x posting2 tu heee...

Alhamdlillah lah pada hari ini kita semua telahpun berjaya menyelesaikan suatu tugas yang diamanahkan kepada kita iaitu berpuasa di bulan Ramadan. Walaupun Ramadan telah meninggalkan kita semua, namun hasil daripada tarbiah Ramadan yang sempurna ini, Insyaallah akan dapat membentuk peribadi kita sebagai hamba Allah dengan sentiasa mentaati perintah Allah SWT. Puasa juga telah menjadi peranan penting dalam proses pembentukan akhlak dan hati budi ke arah membina Muslim yang sejati dan berakhlak mulia.

Aidil Fitri yang kita sambut pada hari ini adalah hari yang penuh dengan kegembiraan,kebahagian dan sebagainya. ianya sebagai satu lambang kejayaan bagi kaum Muslimin yang berjaya menjalani ibadah puasa yang penuh dengan cabaran dan menguji keimanan,lagi2 yang di perantauan.. Kemenangan kita ini diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang disebut di dalam Hadis kudsi yang diriwayatkan oleh al-Bukhari:

"وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ."

Maksudnya: “Dan bagi orang yang berpuasa menikmati dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya.”

Pengiktirafan ini dijanjikan oleh Allah SWT kerana di sepanjang bulan Ramadan umat Islam sedaya upaya mentaati perintah Allah, melakukan kebaikan, memperbanyakkan amalan sunat dan sebagainya.

Kesyukuran juga harus kita rafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana kita telah berjaya mengawal hawa nafsu yang sering mendorong kita melakukan maksiat, memandang ringan kepada perintah Allah dan sebagainya. Melalui tarbiah yang kita lalui sepanjang bulan Ramadan yang lalu dapat mendidik kita menjadi insan yang lebih takwa kepada perintah Allah SWT di bulan Ramadan, kita begitu istiqamah dalam melakukan amal kebaikan seperti bertadarus, bersedekah, beriktikaf, berdoa, berzikir dan sebagainya. maka seharusnya amalan-amalan mulia ini diteruskan pada bulan-bulan yang berikutnya.

Selain dari itu kita juga mendapat jaminan pengampunan dari Allah SWT sekiranya ibadah puasa yang kita lakukan itu mengekut kehendak syara’, hasil keampunan dari Allah SWT, maka sawajarnya kita mempertingkatkan lagi ketaatan dan ketakwaan dengan melaksanakan perintah-perintah Allah serta menjauhi segala larangan-Nya. Di samping itu juga kita hendaklah meningkatkan amal bakti kepada Agama, masyarakat, bangsa dan negara dengan bekerjasama, bantu membantu dan sebagainya. Dengan demikian, keharmonian hidup bermasyarakat akan dapat dikecapi dan dinikmati, yang akhirnya membawa kepada kegembiraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dalam menjalani ibadah puasa juga, kita telah berjaya melatih diri kita menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Ketika kita menyambut hari raya yang penuh kegembiraan ini, sebagai umat Islam kita hendaklah menyambutnya mengikut lunas-lunas agama seperti amalan ziarah-menziarahi kerana amalan tersebut dapat merapatkan hubungan rasa kasih sayang, mengeratkan silaturrahim, hormat menghormati antara sahabat handai dan jiran tetangga, memperlihatkan perpaduan umat Islam serta jalinan ukhuwah Islamiah.

Ini telah menjadi kelaziman kita selaku rakyat malaysia, setiap kali kita menyambut hari raya Aidil Fitri, kita akan mengadakan rumah terbuka untuk meraikan tetamu-tetamu yang datang. Amalan tersebut sememangnya amat baik dan mendapat pahala jika disertai dengan niat yang ikhlas, tanpa melakukan pembaziran dan sifat riya' atau untuk bermegah-megah.

Oleh itu, perlu diingat dalam kita beramal ibadah terutama dalam menyediakan jamuan dan menghulurkan sedekah atau apa-apa jua pemberian janganlah timbul perasaan di dalam hati untuk menunjuk-nunjuk atau ingin membangga diri kerana perbuatan sedemikian dilarang dan dimurkai oleh Allah SWT, bahkan boleh menyebabkan amalan yang kita lakukan itu menjadi sia-sia.

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - SELAMAT HARI RAYA...