kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/22/07

ANTARA SBB2 LUPA & CARA MNGATASI..

salam alaik..k kali ini ana nak kongsi sedikit sebanyak mengenai sbb2 knapa kita sering lupa setelah kita hafaz lagi2 dalam fatrah imtihan ni..jenuh la kita hafal bengkak mata2 tapi lupa gak..k mybe apa yg ana coretkan ni ada kene sedikit sebnyak dgn kita..tgk ek....

ok di antara penyebabnya adalah: -
- Makan kepala ikan - Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya.
Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa.
Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil ‘dopamin’akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.

k yang ni plak di antara rahsia2 menguatkan daya ingatan kita...Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita.

Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -
-Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal - Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya
mkanan2 diatas hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsangotak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.
apa yg ana terangkan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT sokmo. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat un kita lupa kepada-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.

Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -
1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya
k selamat beramal dengan apa yg telah di utarakan..semoga dengan sedikit coretan ini dapat membantu sahabat2 dalam menambahkan lagi ingatan sahabat2 di samping solat sunay hifzi yg telah ana terngkan di posting sebelumni..k ana doakan kita semua akan beroleh najah aminnn aja aja fighting!!!
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - ANTARA SBB2 LUPA & CARA MNGATASI..

5/17/07

SOLAT SUNAT TAQWIYATUL HIFZI


salam alaik ya sohibi...camner study?ok? mesti tgh sibuk sibuk mengahafaz? pernah x antum hafal2 lupa? mesti sokmo2 kan..emh penah dengar x solat hifzi? mesti penahkan..penah amal?? he mesti jarang tul x?? jgn tipu ek..he ana pun jarang gak dlu selalu la masa sek tahfiz dlu lani emh....jgn tiru ek...k utuk menambahkan pengetahuan sahabat2 solat hifzi disunakkan bagi mereka yg menghafaz al-quran bg menguatkan hafalan dan ingatan mereka..ia juga diamalkan oleh mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka..insyallah disini ana akan menerangkan kaedah2 mengejakan solat ini..ana harap ia dapat dijadikan satu amalan khusus bagi kita sebagai seorang student islam insyallah...


KAEDAH2..


1) mengerjakan solat ini empat rakaat dengan dua kali tahyat akhir..

2) mengerjakannya pada malam jumaat,sebaik-baiknya selepas tido..

3) mengerjakannya 3,5 atau 7 mlm berturut2..

4) membaca pada rakaat pertama SURAH YASIN

5) rakaat kedua SURAH AD-DUKHAN

6) rakaat ketiga SURAH AS-SAJADAH

7) rakaat keempat SURAH AL-MULK

8) setelah selesai solat bacalah doa ini..


اللهم لك الحمد أنت قيم السماوات والأرض وما في هن, ولك الحمد لك ملك السماوات والأرض ومن فيهن, ولك الحمد انت نور السماوات والأرض, ولك الحمد انت الحق.ووعدك حق , ولقاءك حق, وقولك الحق, والجنة الحق, والنار الحق, والنبيون الحق, ومحمد صلي الله عليه وسلم حق, والساعة حق, اللهم صلي علي سيدنا محمد أفضل صلوات التي صليت عليه يا ذالجلال والأكرام يا ارحم الرحمين وصلي وسلم علي ساءر الأنبيأ والمرسلين اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحيأ منهم والأموات اللهم بديع السماوات والأرض ذا الجلال والأكرام والعزة التي لا ترام اسألك يا الله يا رحمن بجلالك ونور وجهك ان تلزم قلبي حفظ كتابك وعلمك كما علمتني وارزقني أن أتلوه علي النحو الذي يرضيك عني اللهم بديع السماوات والرض ذا الجلال والاكرام والعزة لا ترام.. أسألك يا الله يا رحمان بجلالك ونور وجهك أن تنور بكتابك بصري وأن تطلق به لسانى وأن تفرج به قلبي, وان تشرح به صدرى, وان تستعمل به بدنى, فانه لا يعننى على الحق غيرك. ولا توتينيه الأ أنت, ولا حول ولا قوة الا بالله العلى العظيم. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه وسلم, والحمد لله رب العالمين....


k semoga kita sama2 dapat amalkan solat hifzi ini...salam

AJA AJAJ FIGHTING!!!
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - SOLAT SUNAT TAQWIYATUL HIFZI

5/5/07

TIPS2 MENGHADAPI IMTIHAN...


Assalamualaikum sahabat2....camner dah sedia utuk imtihan ni?ada brpa hari lagi? mesti berdebar2kan..emh sama la nge ana pun banyak lagi madah x hafal,bila baca jah satu madah rasa macam madah lain x habis baca lagi..pnin punya penin last2 t'tido he..emh k la kali ni ana ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai tip2 untuk menghadapi imtihan ni sebelum,semasa,& selepas imtihan..ana ingin kongsi sedikit sebanyak mn2 tip yg ana amalkan n apa yg dibgtau oleh abg2 lama di bumi mesir ini...semoga kita sama2 dapat manfaat dari apa yang ingin ana konsikan ini insyaallah....


1) SEBELUM IMTIHAN
-melazimi solat malam(tahajud)..
-jaga hubungan kita dgn allah mahupun dengan manusia..
-memohon maaf kepada ibu bapa kita n mnta mereka mendoakan kejayaan kita...
-minta maaf kepada guru2 serta mohon keberkatan segala ilmu yg pernah mereka curahkan kepada kita...
-memohaon maaf kepada sahabat2 n org2 yg ada kaitan dgn kita..
-sentiasa memaafkan ore lain...
-elakkan dari menyakiti perasaan sahabat2 terutama ahli bait.
-study smart...jgn tertekan sangat..agak2 tensyen tido jer..;>
-pastikan punyai persediaan yang cukup utuk menghadapi imtihan esok hari...


2) SEBELUM MASUK DEWAN
-pastikan dri sentiasa dlm keadaan berwudu'..
-lakukan solat sunat sebelum memasuki dewan..
-pastikan tiada nota2 yg terselit di baju@badan anda..haram ;>
-ulangi segala yg anda telah baca sepintas lalu..

3) SEBELUM MENJAWAP SOALAN
-baca al-fatihah...
-selawat...3x...
-baca surah "insyirah" 3x...
-doa dipermudahkan urusan menjawap,memahami soalan yg dberi..
-baca setiap soalan dengan teliti sebelum menjawab,pastikan dri memahami kehendak soalan

4) SEMASA MENJAWAP
-mulakan dengan lafaz bismillah..
-tulis di tengah2 belah atas kertas jawapan anda perkataan lafaz basmalah...
-mulakan jawapan dengan memuji allah n nabi muhammad s.a.w (khas utk mesir ek)...
-jawapan hendaklah di tulis dengan kemas dan tersusun...
-pastikan no soalan n jawapan di tulis...
-jawapan bg soalan yang kedua di tulis di muka surat yang lain,begitulah seterusnya..
-sekiranya anda terlupa (selawat 3x) n baca( 3x اللهم يسر ولاتعسر)
-jawap degann hati yang tenang (pedulikan apa kata murakib..khas mesir ;>)

5) SEBELUM HANTAR
-pastikan telah menjawap segala soalan yg diberi.
-semak balik semua jawapan2 yg antum tulis..
-baca ( ya latif 3x ) hembus di setiap helaian kertas jawapan..jgn kuat sangat..
-tulis perkataan wafid malizi di muka hadapan kertas jawapan( khas mesir ek n negara2 timur tgh ;> )

6) SELEPAS HANTAR
- tawakal n banyakkan berdoa agar di beri kejayaan
- abaikan apa yang telah berlalu beredia utuk madah yg seterusny
- klu xde madah balik tidooo he ;> alhamdlillah..

k ni la sahabat2 sediakit sebanyak tips2 yg ana dapat kongsi bersam sahabat2..semoga ia dapat mendatangkan faedah kepada sahabat2..apa2 pun yag penting kita mesti ada DUIT..
Doa,Usaha,Ikhtiar,Tawakal.....

"tanpa usaha kejayaan xkan datang bergolek kepada kita"..bak kata aflin syauki dalam soal hati "tanpa keberanian mimpi xkan bermakna" "hendak seribu daya xnak seribu dalaih" "bersungguh2lah kamu jangan lah kamu malas,dan janganlah kamu jadi orang yang lalai,maka akan menyesallah bagi siapa yang malas dan lalai" "barangsiapa yang berusaha dia akan dapat" "allah akan beri sebanyak mana usaha hambanya itu"

semoga dengan kata2 ni dapat meningktkn semangat sahabat2 bagi menhadapai fatrah imtihan ini,ana berdoa agar kita sama2 dikurniakan dengankejayaan yang cemerlang amin!!

AJA AJA FIGHTING!!!!
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - TIPS2 MENGHADAPI IMTIHAN...