kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/22/07

ANTARA SBB2 LUPA & CARA MNGATASI..

salam alaik..k kali ini ana nak kongsi sedikit sebanyak mengenai sbb2 knapa kita sering lupa setelah kita hafaz lagi2 dalam fatrah imtihan ni..jenuh la kita hafal bengkak mata2 tapi lupa gak..k mybe apa yg ana coretkan ni ada kene sedikit sebnyak dgn kita..tgk ek....

ok di antara penyebabnya adalah: -
- Makan kepala ikan - Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya.
Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa.
Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil ‘dopamin’akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.

k yang ni plak di antara rahsia2 menguatkan daya ingatan kita...Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita.

Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -
-Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal - Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya
mkanan2 diatas hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsangotak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.
apa yg ana terangkan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT sokmo. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat un kita lupa kepada-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.

Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -
1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya
k selamat beramal dengan apa yg telah di utarakan..semoga dengan sedikit coretan ini dapat membantu sahabat2 dalam menambahkan lagi ingatan sahabat2 di samping solat sunay hifzi yg telah ana terngkan di posting sebelumni..k ana doakan kita semua akan beroleh najah aminnn aja aja fighting!!!