kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

3/10/07

KISAH PAK JONGOS


Pada suatu ketika, ada seorang pencari kayu api bernama Pak Jongos masuk dalam hutan utk cari kayu > >api. Dia membawa bersama sebilah kapak. Sedang dia menyeberang titi yang merentangi sebtg sungai, tiba2 kapaknya terjatuh ke dalam sungai itu. Maka Pak Jongos pun susah hati. Sedang dia bersedih itu, muncullah pari2. "Kenapa engkau bersedih?" tanya pari2. "Kapak aku jatuh dalam sungai," jawab Pak Jongos. "Engkau jgn susah hati.. aku boleh tolong ambilkan," kata pari2 seraya masuk ke dalam sungai. Beberapa ketika kemudian, dia muncul membawa sebilah kapak emas. "Ini ke kapak engkau?" tanya pari2. "Bukan," jawab Pak Jongos sambil menggelengkan kepalanya. Pari2 masuk semula ke dlm sungai.Beberapa ketika kemudian, pari2 muncul semula membawa > >sebilah kapak perak. "Yang ini ke kapak engkau?" tanya pari2 lagi. Pak Jongos menggelengkan kepalanya. "Bukan," jawab Pak Jongos. Pari2 masuk lagi ke dlm sungai. Beberapa ketika kemudian, ia muncul kembali membawa sebilah kapak besi yang sudah berkarat. "Macam mana pulak dgn yg ini?" tanya pari2 sambil menunjukkan kapak besi itu kpd Pak Jongos. Pak Jongos pun tersenyum gembira."Haa, ini baru kapak aku!" ujar Pak Jongos sambil mengucapkan terima kasih kpd pari2. Oleh krn > kejujurannya, pari2 itu tlh memberikan ketiga2 kapak itu kpd Pak Jongos. Suatu hari yg lain, Pak Jongos masuk ke hutan dgn isterinya. Kali ini isterinya pulak jatuh ke dlm sungai. Pari2 pun muncul menawarkan bantuan. Setelah beberapa ketika, pari2 pun membawa naik Siti > Nurhaliza."Yang ini ke isteri engkau?" tanya pari2. "Ya! Inilah isteri aku!" jawab Pak Jongos dengan > >pantas. Mendengar jawapan Pak Jongos itu, pari2 > >menjadi marah krn dia tahu Pak Jongos berbohong."Aku tak sangka engkau tlh berubah. Kelmarin engkau jujur, mengapa sekarang engkau berbohong?!" tanya pari2. "Eh! Engkau salah sangka. Aku tak berniat nak tipu engkau.. kalau aku kata Siti Nurhaliza ni bukan bini aku, nanti engkau bawak naik Wardina pulak.Kalau aku kata bukan jugak, barulah engkau bawak naik bini aku. Lepas tu tiga2 kau kasi kat aku sebab aku jujur. Takkan la bini aku sanggup dimadu!"jawab Pak Jongos.

1 comment:

NurHanisahBtHjMansor said...

salamun alaik.hihi bagusnya pak jongos ni.tulus betul.tk nk isteri dia dimadu.kalau laki lain,agaknya dah bg siti tak da nya dia tolak.hihi betul ke?:P