kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

2/3/11

Revolusi Mesir. Tanda Kiamat Hampir Tiba? ( siri 1 )

Revolusi Mesir. Tanda Kiamat Hampir Tiba? ( siri 1 )





Bermula dengan tragedi revolusi Tunisia yang berakhir dengan penggulingan pemerintahan dektator Zain Abeden Ben Ali yang telah memerintah selama hampir 23 tahun, kini ia dilihat telah menjangkiti rakyat Mesir keseluruhannya.

Pemerintahan di bawah kerajaan presiden Husni Mubarak dilihat sebagai satu pemerintahan yang zalim oleh kebanyakan rakyat Mesir. Harta kekayaan negara, hasil galian minyak dan sebagainya diagih sesama mereka, orang atasan hidup kesenangan rakyat kebuluran.

Seakan-akan sama dengan apa yang belaku di Tunisia, bermula pada 17 Januari lalu, seorang lelaki telah membakar dirinya di hadapan Dewan Rakyat Kaherah untuk menunjukkan ketidak puas hatiannya sebagai tanda protes dan marah terhadap kerajaan Mesir, ia menyerupai tindakan yang telah dilakukan oleh Muhammad Albuazizi di Tunisia yang dianggap sebagai pencetus revolusi Tunisia.

Tindakan yang sama juga telah dilakukan oleh seorang pekerja di Iskandariah pada hari yang berikutnya. Ditambah pula dengan kata-kata seorang ahli politik pembangkang yang berpengaruh di Mesir iaitu “ Sekiranya Tunisia mampu untuk merealisasikan tujuan mereka ( menukar kerajaan ) mungkin Mesir juga mampu untuk merealisasikannya ” membakar lagi semangat rakyat Mesir untuk terus berjuang menuntut hak mereka.

Bermula dari 25 Januari di Kaherah sehingga ke hari ini tunjuk perasaan dan demontrasi penduduk Mesir semakin hebat diseluruh Mesir. Bilangan yang terkorban dari kalangan orang awam dan pihak berkuasa juga semakin meningkat, akan tetapi hal ini tidak mematahkan dan melemahkan semangat mereka untuk terus berjuang.

Adakah rentetan peristiwa kebangkitan menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman di beberapa Negara Arab ini antara tanda kiamat hampir tiba?
ikuti sambungan kupasan persoalan ini dibawah tajuk “ Fitnah & Petaka Akhir Zaman” pada siri seterusnya, InsyaAllah...

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Revolusi Mesir. Tanda Kiamat Hampir Tiba? ( siri 1 )

10/31/10

Subhanallah Alhamdulillah.. Syukur..


terima kasih sahabat yg datang :)


Alhamdulillah syukur pada Mu ya Allah di atas segala nikmat yang telah dicurahkan kepada hamba Mu ini.. Semoga hamba Mu ini tergolong dalam golongan hambaNya yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberikan..

Emh terlalu lama rasanya blog ini tidak di update, bukan kerna sibuk tapi kerana hilangnya istiqomah dalam diri insan yang hina ini.. Ya Allah kau berikanlah daku nikmat untuk terus istiqomah dalam melaksanakan segala amal ibadat kepada Mu ya Allah.. Hanya dengan istiqomah mampu untuk menigkatkan iman juga taqwa seseorang hamba itu.. Semoga daku dapat terus istiqomah dalam mengerjakan amal-amal islami aminn..



Subhanallah Alhamdulillah.. Syukur..





Dulu tanggungjawap ku hanya sebagi seorang anak yang wajib memberikan ketaatan sepenuhnya kepada kedua ibubapa ku, sebagai seorang mahasiswa yang diamanahkan untuk mencari ilmu sebanyak-banyakNya, sebagai seorang exco yang ditugaskan untuk menjaga segala kebajikan ahli, tanpa menafikan kewajipanku sebagai seorang hamba yang menyembah hanya padaNya yang esa. Allahuakbar..

Namun kini tanggungjawap ku semakin bertambah, tanggal 2.10.2010 telah tercipta sejarah baru dalam kamus hidupku. Dengan lafaz "aku terima nikahnya Nurhanisah binti Mansur dengan mas kawinnya RM300 tunai" aku telah sah bergelar seorang suami kepada seorang wanita yang sangat aku cintai. Alhamdulillah.. Syukur.. Namun tanggungjawap sebagai seorang suami bukanlah mudah seperti yang disangka, banyak perkara yang perlu kita fikirkan. hari ini, esok, lusa dan masa akan datang, segalanya perlu dirancang sebaik yang mungkin demi untuk mencapai sebuah baitul muslim sebagai pemangkin menuju daulah islamiah.

Masa ku terus berlalu dengan penuh kebahagian, kini tiba masanya untuk aku kembali menunaikan cita-citaku untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dada yang kosong tidak akan mampu untuk memberikan isi kepada masyarakat "faqidusy syai la yu'ti" , semangat yang diberikan oleh sahabat-sahabat membuatkan aku bertekad untuk menyambung MA di al-Azhar. Walaupun terpaksa menahan pkeperitan sedih meninggalkan zaujah namun ia bukanlah penghalang utama. Peperiksaan kelayakan perlu aku tempuhi terlebih dahulu, sekiranya gagal maka gagallah impian ku.


Ku sangkakan mudah namun amat payah. MA tidak seperti BA anda perlu bekerja keras untuk berjaya. Allah itu maha pemurah, Allah itu maha mendengar segala rintihan hambanya, resah debaran yang kurasakan selama ini akhirnya damai, damai sedamai-damainya dan bertambah gembira apabila 2 khabar gembira serentak sampai kepada ku. Yang pertama aku lulus peperiksaan kelayakan. Yang kedua aku bakal menjadi ABI.. Subhanallah Alhamdulillah.. Syukur..



03.02.2011


Kini pernikahan ku sudah mencapai usia 4 bulan, Alhamdulillah syukur. sejak kehadiran zaujah ke ardul kinanah ini semangatku semaki bertambah, ye la siapa yang tidak bahagia apabila bersama isteri tersayang. Yang penting aku sangat bersyukur kerana di kurniakan seorang isteri yang sangat-sangat memahami, walaupun sering tiada di rumah dan kadangkala keluar awal pagi dan pulang lewat malam kerana urusan yang penting, tiada rungutan yang keluar dari mulutnya malah senyuman yang diberi. Moga Allah menenpatkan mu di syurga yang kekal abadi..




Kini bakal pejuang kami sudah pun berusia 3bulan 1minggu. Alhamdulillah syukur. Moga Allah memberikan kesihatan pada Ummi kepada bakal pejuang kami dan dipermudahkan segala urusan dalam melalui saat mengandung dan melahirkan bakal pejuang kami. Amat benarlah sekiranya syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu, saat mengandungkan sahaja sudah pelbagai kesusahan yang perlu dihadapi tambahan pula saat melahirkan anak, amat sesuailah hukum yang Allah berikan kepada mereka yang menderhakai ibu nya..


Kini Mesir digemparkan dengan rusuhan yang dilakukan oleh rakyat Mesir untuk menggulingkan presiden Husni Mubarak. Revolusi yang telah diadakan di Tunisia tempoh hari telah memeberikan kesan kepada rakyat mesir untuk bangkit. Alhamdulillah syukur walaupun rusuhan dilakukan di seluruh Mesir namun kami berada dalam keadaan selamat insyaAllah. Dan kini rakyat Malayia telah dipanggil pulang ke tanah air, bagaimana dengan cita-cita ku? semoga allah memberikan jalan yang terbaik buat ku insyaAllah...


TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Subhanallah Alhamdulillah.. Syukur..

8/27/10

Ayuh Bangkitlah Lepasan Al-Azhar.


( Mungkin sedang menutup telinga bergembira )

" kalau saya nak sebut satu-satu nama lepasan luar negara yang langsung tak nampak muka di masjid boleh je ustaz" luahan nazir masjid

" balik dari al-azhar muka tak pernah nampak pun kat masjid, kami lak yang gi turut kat umah minta datang masjid" Luahan seorang ajk masjid

" balik senyap je, mungkin mereka tak terlibat dengan persatuan kot kat sana, tu yang tak berani nak bagi tazkirah, beza dangan mereka yang terlibat dengan persatuan ni" luahan seorang ustaz.

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.” [al-Taubah 9: 122]


Bukan ingin mengatakan diri ini cukup sempurna, namun sangat hina dan tidak mempunyai apa-apa yang boleh disumbangkan, namun hati kecil berasa tersentuh apabila kenyataan berbentuk keluhan demi keluhan (dengan nada kesalan) menyentuh gegendang telinga, mungkin masih baru bertatih di pentas masyarakat terasa seperti satu pukulan mati yang sungguh memedihkan.

Amat benarlah apa telah disampaikan oleh Ust Syed Abd kadir, Ust Nasruddin tantawi mengenai kurangnya peranan lepasan al-azhar di muka bumi malaysia. Baru kini ku terasa apabila satu demi satu "tohmahan" yang dilemparkan kepada lepasan al-azhar. Mungkin mereka telah lali mendengar segala tohmahan ini sehingga sanggup bertandang ke Mesir semata-mata ingin memberi inzar kepada mahasiswa/wi al-azhar mengenai hal ini.

Tujuan menulis bukan untuk menyakitkan hati, menyentuh senstivit individu atau sebagainya, namun sebagai satu lontaran kepada sahabat-sahabat mengenai realiti yang sedang berlaku di malaysia sekarang. orang yang menulis lebih dahulu akan dipersoalkan berkenaan apa yang ditulis. Moga diberi kekuatan oleh Allah.

Mungkin kita tiada kemampuan untuk berhadapan dengan masyarakat, memberi tazkirah atau sebagainya namun sekurang-kurangnya kita ada sumbangan untuk membantu menyebarkan Islam. Bantulah perjuangan Islam setakat mana yang termampu agar kita tidak termakan dengan ilmu agama yang telah kita pelajari..Janganlah sampai ke masjid pun kita langsung tidak pergi. Cukuplah sekadar di sana..

Ayuh bangkitlah kita kembalikan kerizzahan Al-Azhar, bukan kerana kita mengaji di al-Azhar akan tetapi kerana ilmu agama yang kita perolehi di bumi yang penuh dengan para masyaikh, penuh dengan ilmu.

Saya tidak menafikan ramai juga lepasan Al-azhar yang sangat memberi sumbangan dalam perjuangan Islam, tertubuhnya ILMAM (Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir) sangat memberi kesan yang positif dalam memberi kesedaran pada masyarakat. Mungkin apa yang diperkatakan hanyalah berlaku di segilintir tempat sahaja, namun ia haruslah dijadikan sebagai satu sempadan agar apa yang sangat diharapkan masyarakat dapat kita penuhi..

Semoga Allah mengampunkan dosa dan menetapkan hati ini dalam membantu perjuangan Islam aminnnn


TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Ayuh Bangkitlah Lepasan Al-Azhar.

8/25/10

Universiti Al-Azhar & PMRAM - Terima Kasih





Assalamualaikum w.b.t. Sudah sekian lama blog ini bersawang, barangkali kalau di jelamakan sebagai sebatang besi pasti sudah berkarat tidak berguna. Maaf dipinta kerna kemalasan yang bermaharajarela sekian lama di dalam diri ini menjadi penyebab utama kelesuan blog ini.

Terasa segan dengan sahabat-sahabat medic yang rancak menggerakkan blog peribadi mereka dalam misi menyampaikan dakwah Islam. Semoga tulisan yang serba rengkas ini menjadi pemangkin semangat untuk diri ini terus menulis, berkongsi pendapat serta sedikit ilmu yang ada pada diri insan yang hina ini.

Alhamdulillah biiznillah daku selamat tiba di bumi Malaysia yang tercinta pada 17 ogos 2010 tempoh hari. Terasa masa terlalu cepat berlalu 4 tahun bagaikan 4 minggu. Perasaan gembira bertemu keluarga tersayang setelah hampir 3 tahun ditinggalkan demi untuk menuntut ilmu di rantauan tidak dapat digambarkan, namun tidak dinafikan kenangan bersama arwah adinda tersayang membuatkan hati terasa sedih, imbauan demi imbauan tergambar di fikiran, semoga roh ateh ditempatkan bersama para insan yang dijanjikan syurga Allah aminnn.

Apa yang ingin dikongsikan bersama ialah cabaran dalam menghadapi realiti manusia di bumi Malaysia ini. Terkenang kata-kata ust syafiq ketika baru 2 hari ku berada di Malaysia " Selamat pulang ke Malaysia. Rasailah dunia keriangan di sini." ya memang dunia kini penuh dengan keriangan, keriangan berjuang juga keriangan rintangannya, pelbagai cabaran perlu dihadapi, pelbagai masalah perlu diatasi, pelbagai tohmah perlu dirempuhi.. Jauh sekali cabarannya berbanding dengan ardul kinanah, amat jauh sekali..

Terima kasih Al-Azhar kerana memberi ku ilmu untuk berhadapan dengan pelbagai permasalahan ummat. Terima kasih PMRAM kerana mendidik ku bagaimana untuk berhadapan dengan kerenah manusia. Tanpa keduanya sudah pasti daku kaku membisu dalam meneruskan misi dakwah perjuangan yang telah dibina oleh baginda junjungan Nabi Muhammad s.a.w ini..

Ilmu agama akan kita dapati dengan kita mengaji,bertalaki dan sebagainya. Ilmu berhadapan dengan masyarakat,menyelesaikan masalah kita hanya akan dapati dengan berpersatuan. Hanya dengan bertalaki tanpa bermasyarakat (berpersatuan) yakin dengan pastinya tidak ramai yang mampu untuk berhadapan dengan cabaran yang sangat berat begitu juga hanya dengan bermasyrakat tanpa ilmu juga tidak mampu memberi kesedaranyang jelas kepada masyarakat..

Kecapi keduanya seiringan agar kita dapat memberikan kesedaran yang baik pada masyarakat Malaysia khususnya remaja-remaja yang semakin parah dengan pelbagai masalah aqidah dan sosial...

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.” [al-Taubah 9: 122]




TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Universiti Al-Azhar & PMRAM - Terima Kasih

5/26/10

umma-united VS facebook






sumber : http://umma-united.com

Facebook. Siapa tidak pernah dengar nama ini? Mungkin agak ganjil atau ketinggalan zaman bagi sesiapa yang tidak mengetahui tentang Facebook, khususnya golongan muda. Nama singkatannya, "fb".

Umma United. Siapa yang pernah dengar? Mungkin tidak ramai yang tahu atau baru sahaja tahu. Ia lebih mesra dengan panggilan manjanya iaitu "umma" atau "UU".



Kedua-dua ini adalah antara laman sosial yang wujud dalam dunia maya hari ini. Tapi, apakah perbezanya? Sekilas pandang pada namanya, mungkin akan timbul pelbagai tekaan dan jangkaan awal terhadap Umma United. Boleh dikatakan sebagai agak islamik namanya.

Perbezaan yang lebih jelas yang ingin saya nyatakan di sini ialah berkenaan pemiliknya, kerana sebelum ini dan sehingga kini Facebook menjadi satu perkara yang mengelirukan dan menjerumuskan ramai umat Islam ke lembah dilema.

Ramai yang memikirkan status dan hukum penggunaannya kerana ia dikaitkan dengan penyaluran kewangan kepada Yahudi dan penyaluran maklumat kepada Central Intelligent Agency (CIA). Seolah-olah ia menjadi syubhah dan membuatkan kita rasa serba salah untuk menggunakannya. Ditambah pula dengan adanya pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W baru-baru ini. Sehingga wujud banyak seruan agar memboikot dan meniggalkan Facebook.



Beberapa hari lepas, ada invitation email daripada beberapa sahabat saya. Ia merupakan jemputan untuk menyertai laman Umma United. Setelah mengisi beberapa butiran, siaplah sudah akaun Umma United saya. Saya mengambil sedikit masa untuk meneroka dan melihat ciri-ciri dan application yang ada dalamnya.

Alhamdulillah, saya dapati ianya baik dan mempunyai beberapa ciri islamik. Secara umumnya ia hampir sama dengan Facebook, terdapat sedikit perbezaan terutamanya dari segi penambahan fungsi yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat dalam pelbagai jenis media. Antara ciri lain ialah wujudnya blog, peluang pekerjaan dan perkongsian.



Berkenaan pemiliknya, inilah perkara utama yang ingin saya ketengahkan pada kali ini. Jika Facebook, ia dikaitkan dengan pemiliknya (CEO) yang bernama Mark Zuckerberg, merupakan seorang pemuda yang dikatakan berketurunan Yahudi dan pernah melakukan penggodaman (hacking). Baru-baru ini pula banyak aduan dan rasa tidak puas hati oleh pengguna Facebook kerana ciri-ciri privacy Facebook yang agak ketat. Kelihatan seolah-olah pihak Facebook memang ingin mengambil data pengguna dengan begitu terperinci. Rujuk sini.



Setelah membuat pencarian dalam internet, saya telah menemui beberapa maklumat tentang pemilik laman "UU". Pemilik laman Umma United ialah seorang lelaki muslim yang bernama Emmanuel-Yamin Dubuc (Yamin). Berasal daripada Perancis, merupakan seorang usahawan, pakar ICT, media digital, teknologi maklumat dan kewangan. Mempunyai ijazah dalam bidang teknologi informasi dan bekerja dengan Microsoft pada permulaan kerjayanya. Beliau juga merupakan salah seorang daripada orang penting dalam sebuah organisasi profesional muslim Eropah iaitu CEDAR. Rujuk sini.

Selain memiliki Umma United, beliau juga telah mengasaskan beberapa laman lain seperti Oumma dan Oumma Media. Umma United merupakan rangkaian sosial muslim antarabangsa yang pertama dan dimiliki oleh orang Islam. Alhamdulillah...

Akhir bicara, apa salahnya jika mereka yang menggunakan Facebook selama ini bertukar dan berhijrah kepada Umma United yang lebih jelas pemilikannya dan belum ada sebarang keraguan pada masa ini. Jadikan ia sebagai alternatif. Doakan semoga pengasas "umma" dipermudahkan untuk menguruskan laman tersebut dan dapat menjaga nilai-nilai Islam dalamnya supaya wujud biah solehah dalam Umma United.

Pesanan saya, sepertimana kita berhijrah daripada Facebook, begitu jugalah kita berhijrah kepada penggunaan yang lebih bermanfaat. Walaupun Umma United dimiliki oleh orang Islam dan mempunyai ciri-ciri Islam, ia tetap bergantung kepada cara kita menggunakannya. Saudara Emannuel Yamin telah melaksanakan tugasnya dengan mewujudkannya untuk tujuan dan cara yang baik, jadi kita pulalah yang perlu menggunakannya dengan tujuan dan cara yang baik juga.

Gunakannya untuk mengeratkan ukhuwwah, menyebarkan dakwah dan membangunkan daulah. Peliharalah ikhtilat (pergaulan) dengan sebaik-baiknya serta elakkan perkara-perkara yang boleh dianggap melampau seperti bersengkang mata dan meletakkan gambar yang tidak sewajarnya. Bagai pisau, mungkin untuk kebaikan, mungkin juga untuk kejahatan. Kita yang memilihnya, dan anda mampu mengubahnya. Ingatlah orang tersayang... =)
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - umma-united VS facebook

5/13/10

Manhaj Azhar Yang Sebenar...




Dipetik dr blog : UST Nazrul Nasir

Syaikhuna al-Allamah mengatakan berdasarkan pemerhatian dan penelitian beliau sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran di al-Azhar al-Syariff, beliau dapat simpulkan bahawa ciri-ciri utama bagi pembinaan jati diri seorang Azhari adalah terbina daripada 8 ciri serta manhaj utama:

1. Bersambung Sanad ( silsilah ) pengambilan ilmu sama ada secara riwayah, dirayah serta tazkiyah. Ini akan diperolehi bilamana seseorang tersebut bertalaqqi ilmu serta bersahabat dengan para ulama di Bumi al-Azhar ini. Ini perlulah dilakukan dalam tempoh masa yang lama bagi memperolehi keahlian serta kefahaman yang jelas tentang ilmu sebenar di dalam Islam. Ini jelas menunjukkan bahawa ilmu itu diperolehi dengan cara bertalaqqi dengan para ulama bukan sekadar membaca tanpa guru.

2. Mengambil perhatian di dalam menguasai ilmu-ilmu asas bagi mempelajari serta memahami al-Quran dan al-Sunnah seperti ilmu Nahwu, Sarf, Balaghah, al-Ishtiqaq, Usul Fiqh, Ulum al-Hadis, Ulum al-Quran dan lain-lain.

3. Mengetahui secara menyeluruh serta jelas tentang Maqasid al-Syariah ( Prinsip-Prinsip di dalam Syariat). Pengetahuan secara mendalam terhadap Maqasid Syariah menyebabkan seseorang tersebut akan dapat membezakan perkara usul dan cabang di dalam agama. Maka ini akan menyebabkan seorang Azhari tersebut tidak akan cepat menghukum sewenang-wenangnya serta akan berlembut dengan golongan yang Jahil serta memberikan tunjuk ajar sebaiknya kepada mereka.

4. Meletakkan ayat al-Quran pada tempat yang sepatutnya. Ini jelas menunjukkan bahawa manhaj al-Azhar berbeza dengan manhaj sesetengah pihak yang terkadang meletakkan ayat yang diturunkan kepada orang-orang kafir kepada golongan Muslimin. Bilamana perkara sebegini berlaku maka secara tidak langsung akan wujud perpecahan serta buruk sangka kepada muslim yang lain.

5. Membesarkan kedudukan Umat Baginda sallallahu alaihi wasallam. Bilamana seorang Azhari tersebut mengetahui akan kedudukan serta kemuliaan Umat Baginda sallallahu alaihi wasallam, maka secara tidak langsung akan hilanglah perasaan ingin menuduh fasiq kepada umat Islam yang lain, menghukum kafir, ahli Bid’ah serta lain-lain hanya kerana melakukan perkara yang bagi fikiran mereka(yang tidak bermanhaj seperti Azhari) adalah merupakan Syirik Terbesar seperti Bertawassul dan lain-lain. Sedangkan hakikat sebenarnya adalah bertentangan dengan apa yang mereka fikirkan.

6. Meletakkan bahawa perkara paling utama adalah menyampaikan hidayah Islam kepada seluruh alam.

7. Mempunyai ciri-ciri lengkap di dalam pembentukan ilmu iaitu dengan 1) berpandukan al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ dan al-Qiyas, 2) mempunyai manhaj ilmu yang muktamad serta mempunyai kaedah yang jelas bagi memahami sesuatu nas tersebut, 3) mempunyai kemampuan serta anugerah daripada Allah taala bagi mendalami ilmu tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa manhaj al-Azhar berbeza dengan manhaj yang lain . Jika tidak punya kaedah yang jelas di dalam pembentukan ilmu maka akan lahirlah kelompok yang hanya mengetahui istilah dalil tetapi tidak mengetahui apakah cara untuk mengeluarkannya , mengumpul serta meneliti dalil satu persatu berdasarkan keahlian seseorang tersebut di dalam bidang ilmu tersebut.

8. Sentiasa mengambil faedah daripada Turath Ummah (Tinggalan umat Islam terdahulu seperti kitab-kitab karya mereka serta apa sahaja yang memberikan faedah dan manfaat), menyedari akan kedudukan serta keagungan tinggalan umat Islam silam serta mengetahui cara bagaimana mengambil segala faedah daripadanya .

Inilah manhaj yang dipegang dan sepatutnya difahami secara lumat oleh penuntut ilmu di al-Azhar al-Syarif. Jika perkara sebegini tidak lagi difahami dengan baik, maka janganlah mengaku pandai serta menuduh orang lain berlagak sombong sedangkan hakikat sebenarnya merekalah yang berlagak sombong tersebut.
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Manhaj Azhar Yang Sebenar...

5/12/10

Peringatan buat Akhawat2..




sumber : www.dpmz.blogspot.com

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Segala puji dan syukur bagi Allah s.w.t, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan seksual yang telah dilakukan oleh seorang warga arab terhadap mahasiswi perubatan. Saya sendiri bersama dua orang teman telah bergegas ke tempat kejadian setelah mendapat panggilan dan bertemu dengan suspek seperti yang telah diberitakan. Ini merupakan kes yang kedua melibatkan warga arab berkelakuan tidak sopan dihadapan mahasiswa kita.

Sehubungan dengan perkara tersebut, DPMZ menggesa semua mahasiswi agar lebih berhati-hati ketika berada di luar kediaman masing-masing. Pastikan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan tidak keluar secara berseorangan walaupun di siang hari. Pastikan ketetapan yang telah dibuat oleh DPMZ dipatuhi sebaik mungkin.

Keselamatan dan maruah diri merupakan perkara daruri yang sangat dititik beratkan dalam Islam. Justeru itu , DPMZ sangat mengharapkan kepada seluruh mahasiswi agar dapat mengikuti peraturan musyrif yang telah ditetapkan. Jangan sesekali bersikap degil atau keras hati dengan melakukan kesalahan keluar pada waktu malam dari kediaman tanpa musyrif. Pepatah Melayu menyebutkan "sediakan payung sebelum hujan" .Beringat sebelum terkena.

DPMZ tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sepatutnya kepada mahasiswi yang melanggar peraturan ini. Bukanlah niat DPMZ untuk menyekat kebebasan akan tetapi demi menjaga keselamatan dan maruah kita bersama selaku warga asing yang menuntut ilmu di bumi Mesir ini. Ingatlah bahawa kita adalah harapan kepada umat serta keluarga kita yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kita sepanjang keberadaan kita di sini.Janganlah hanya kerana ingin menuruti kepentingan diri menyebabkan kesusahan kepada seluruh mahasiswa/wi di Mesir.Jadikanlah peristiwa yang telah berlaku kepada mahasiswi kita di Kaherah dan kes terbaru melibatkan seorang pekerja wanita warganegara Indonesia sebagai satu peringatan kepada kita.

Sama-sama kita berdoa semoga Allah swt menjaga dan memelihara keselamatan diri kita sepanjang menuntut ilmu di bumi anbiya ini, InsyaAllah. Berani berubah demi maruah.
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Peringatan buat Akhawat2..

5/6/10

Orang sibuk exam, Dia sibuk putar belit




Jawapan Balas Terhadap Kenyataan Rasmi Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK)


sumber : http://dpm-mansoura.blogspot.com

Berikut merupakan jawapan balas terhadap kenyataan rasmi Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) berhubung isu kenaikan nama mahasiswa/wi Qiraat Mansurah dan Shoubra.

Beberapa punca masalah telah dilampirkan oleh pihak JPMK antaranya :

1. Pelajar lewat sampai ke Mesir.

Buat makluman, mahasiswa/si tidak pernah sebarang makluman daripada pihak JPMK berkenaan ketetapan tarikh untuk tiba di Mesir.

2. Pelajar lewat menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan iaitu pada 22 November 2009 sedangkan tarikh tutup 30 Oktober 2009.

Mahasiswa/wi tidak pernah mendapat makluman tarikh tutup penyerahan segala dokumen pada 30 Oktober 2009 daripada pihak JPMK melalui sebarang saluran. Wakil pelajar hanya dimaklumkan tentang tarikh tutup tersebut ketika pertemuan rasmi dengan Atase Akademik JPMK pada 3 Mei 2010.

3. Visa telah tamat tempoh dan ada sebahagian pelajar tidak membuat visa. Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) menerima salinan visa yang terakhir pada 26 Disember 2009.

Masalah visa adalah rentetan daripada masalah yang pertama dan mahasiswa/wi Qiraat menghadapi masalah memperbaharuinya untuk kali kedua .

4. Wakil pelajar tidak mengikut prosedur yang diberikan oleh pegawai JPMK. Pelajar yang menguruskan sendiri visa dan pemeriksaan kesihatan dapat menyerahkan kepada JPMK sebelum 30 Oktober 2009.

Kami menafikan pihak JPMK mengeluarkan sebarang prosedur bagi isu ini untuk dipatuhi

Dalam kenyataan tersebut, berhubung tindakan yang diambil oleh pihak JPMK wujud kekeliruan fakta yang jelas:

29 April 2010
Idaratul Wafidin memulangkan semua fail pelajar kepada JPMK

Kenyataan ini bercanggah dengan tulisan Atase Pendidikan JPMK di dalam blog rasminya yang menyatakan:

“Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar. ”.

Sila rujuk blog Rasmi Atase Pendidikan bertarikh 30 April 2010 (lihat).

Berikutan ini, kami membuat kesimpulan bahawa :

1. JPMK membuat tuduhan tidak berasas terhadap pelajar.
2. JPMK cuba lepas tangan terhadap masalah ini.
3. JPMK lambat dalam bertindak menyelesaikan masalah ini.
4. JPMK memutar belitkan fakta.


Disediakan oleh :

Mohd Zahimi bin Mohd Dzahid,
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM cawangan Mansurah.

Md Saifullah bin Nik Abdullah,
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM cawangan Shoubra.

6 Mei 2010
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Orang sibuk exam, Dia sibuk putar belit

4/30/10

Tips Imtihan..


banyak mana pun buku yg masih belum dibaca,sekiranya kita bijak menyusun jadual waktu pasti akan berjaya menghabiskannya :)


Imtihan dah semakin hampir. Masalah2 pencabulan hak mahasiswa semakim menjadi-jadi, berkaitan dgn exam rasa sedih dgn pelajar qiraat mansurah langsung xdapat nak masuk exam
, katanya fail diorang tak sampai2 lagi emh ntah la sapa la yang sanggup melambatkan proses ni, dia xsedar ke mereka tu pelajar hafiz, 30juzuk dlm kepala, setiap hari duk ulang ayat Allah klu ada yang mendoakan yang xok kpd orang yg menyusahkan mereka alamat xberkat la sepanjang hidup. KEPADA YG MELAMBATKAN PROSES SILA BERINGAT!!!!

K la sementara kita duk berdoa dan berusaha menyelesaikan msalah2 yang ada jangan lupa baca buku k exam dah nak dekat n ni sedikit buah tangan dari ana buat perkongsian sahabat2 yang berkunjung. Semoga ianya bermanfaat..

1) SEBELUM IMTIHAN

-melazimi solat malam(tahajud)..
-jaga hubungan kita dgn allah mahupun dengan manusia..
-memohon maaf kepada ibu bapa kita n mnta mereka mendoakan kejayaan kita...
-minta maaf kepada guru2 serta mohon keberkatan segala ilmu yg pernah mereka curahkan kepada kita...
-memohaon maaf kepada sahabat2 n org2 yg ada kaitan dgn kita..
-sentiasa memaafkan ore lain...
-elakkan dari menyakiti perasaan sahabat2 terutama ahli bait.
-study smart...jgn tertekan sangat..agak2 tensyen tido jer..;>
-pastikan punyai persediaan yang cukup utuk menghadapi imtihan esok hari...


2) SEBELUM MASUK DEWAN

-pastikan dri sentiasa dlm keadaan berwudu'..
-lakukan solat sunat sebelum memasuki dewan..
-pastikan tiada nota2 yg terselit di baju@badan anda..haram ;>
-ulangi segala yg anda telah baca sepintas lalu..


3) SEBELUM MENJAWAP SOALAN

-baca al-fatihah...
-selawat...3x...
-baca surah "insyirah" 3x...
-doa dipermudahkan urusan menjawap,memahami soalan yg dberi..
-baca setiap soalan dengan teliti sebelum menjawab,pastikan dri memahami kehendak soalan


4) SEMASA MENJAWAP

-mulakan dengan lafaz bismillah..
-tulis di tengah2 belah atas kertas jawapan anda perkataan lafaz basmalah...
-mulakan jawapan dengan memuji Allah n nabi muhammad s.a.w (khas utk mesir ek)...
-jawapan hendaklah di tulis dengan kemas dan tersusun...
-pastikan no soalan n jawapan di tulis...
-jawapan bg soalan yang kedua di tulis di muka surat yang lain,begitulah seterusnya..
-sekiranya anda terlupa (selawat 3x) n baca( 3x اللهم يسر ولاتعسر)
-jawap degann hati yang tenang (pedulikan apa kata murakib..khas mesir ;>)


5) SEBELUM HANTAR

- Pastikan jangan keluar selagi masa belum tamat krn itulah waktu paling berharga, segala maklumat biasanya akan keluar pada waktu tersebut.
-pastikan telah menjawap segala soalan yg diberi.
-semak balik semua jawapan2 yg antum tulis..
-baca ( ya latif 3x ) hembus di setiap helaian kertas jawapan..jgn kuat sangat..



6) SELEPAS HANTAR

- tawakal n banyakkan berdoa agar di beri kejayaan
- abaikan apa yang telah berlalu bersedia utuk madah yg seterusnya
- klu xde madah balik tidooo he ;> alhamdlillah..

k ni la sahabat2 sediakit sebanyak tips2 yg ana dapat kongsi bersam sahabat2..semoga ia dapat mendatangkan faedah kepada sahabat2..apa2 pun yag penting kita mesti ada DUIT..
Doa,Usaha,Ikhtiar,Tawakal.....

"tanpa usaha kejayaan xkan datang bergolek kepada kita".."tanpa keberanian mimpi xkan bermakna" "hendak seribu daya xnak seribu dalaih" "bersungguh2lah kamu jangan lah kamu malas,dan janganlah kamu jadi orang yang lalai,maka akan menyesallah bagi siapa yang malas dan lalai" "barangsiapa yang berusaha dia akan dapat" "allah akan beri sebanyak mana usaha hambanya itu"

semoga dengan kata2 ni dapat meningktkn semangat sahabat2 bagi menhadapai fatrah imtihan ini,ana berdoa agar kita sama2 dikurniakan dengankejayaan yang cemerlang amin!!
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Tips Imtihan..

4/28/10

Bertindak sebelum terlambat!!!!


Sumber : Blog Rasmi DPMZ

Sejak kebelakangan ini kes-kes yang melibatkan hisbah dan keselamatan semakin membarah, terdapat banyak kes yang melibatkan akhwat Malaysia yang dicabul oleh warga arab yang tidak bertanggungjawap.

Sehubungan dengan itu pihak DPMZ melalui salurannya Unit Hisbah DPMZ telah menetapka beberapa ketetapan sebagai langkah pencegahan yang perlu diambil perhatian lebih oleh seluruh warga Zagazig terutamanya akhwat supaya kes keselamatan dan hisbah tidak berulang lagi.

Berikut adalah ketetapan yang telah dibuat :



Gangguan seksual ( arab ) :

- Peka dengan keadaan sekeliling dalam apa jua keadaan sekalipun.
- Akhawat dilarang menaiki kenderaan awam berseorangan walaupun pada siang hari.
- Jika diekori "warga arab" jangan terus pulang ke rumah sebaliknya berlari ke tempat-tempat terbuka seperti kedai dan pada masa yang sama hubungi pihak Hisbah atau pengerusi DPMZ/PCZ dengan kadar segera.
- Kalimah-kalimah yang perlu digunakan apabila diganggu warga arab :
- Ilhaquni - الحققنى - tolong!!
- Harami - حرمي - pencuri!!
- Huwa massah gasadi - هو مسح جسدي - dia sentuh tubuh aku!!
- Ana kul amnu daulah - انا قول أمن دولة - Aku lapor amnu daulah!!

- Elakkan pergaulan dengan "warga arab" yang berlainan jantina walaupun rakan sekuliah.
- Ikhwah dan akhwat dilarang menaiki teksi yang bernombor pendaftran 2819 kerana dikenal pasti pemamdu tersebut tidak sejahtera syahawatnya.
- Akhawat dilarang mengambil tempat duduk bersebelahan kerusi pemandu.
- Tramco ke luar zagazig - Utamakan tempat duduk bahagian hadapan ( rujuk bersama item ke-7 ) jika diganggu, sila minta pertolongan dengan apa cara sekalipun.
- Cadangan bahan altenetif pertahankan diri seperti semburan serbuk lada,jarum dan sebagainya.

p/s dari Ku : -PADA AKHWAT2 YANG DIKASIHI TOLONGLAH JANGAN MALU NAK MELAPORKAN HAL2 YNG BERKAITAN PERCABULAN NI. ni bukan hal kecil tapi ini melibatkan maruah diri antunna semua. JANGAN SALAH MENGGUNAKAN MALU. - Tolong bertindak secepat mungkin, klu di ganggu dalam tranco atau teksi call terus pihak berwajib untuk ambil tindakan, mybe kita boleh tunggu teksi tu kat mana2 senang nak pelupuh arab tu.
- laporan plak jangan la dah tunggu basi baru nak bgtau, kene je bgtau terus k.
- satu lagi tolong jangan rela je k bertindak sekiranya diganggu, buat apa sahaja yang boleh membuatkan orang alain tahu anda sedang diganngu k

Kecurian,samun dan penipuan di rumah kediaman :

- Jangan sekali-kali membenarkan "warga arab" masuk kedalam rumah kecuali dalam pantauan exco DPMZ/PCZ ( contoh : tukar gas bagi akhwat dan sebagainya )
- Jangan membuka pintu terlebih dahulu jika tidak dikenal pasti status pengunjung yang bertamu sebaliknya mesti didahulukan dengan bebrapa persoalan.
- Tuliskan sedikit nota diluar pintu rumah masing-masing sebagai syarat untuk pintu dibuka kepada tetamu yang bertandang seperti - tekan locen 3kali kemudian beri salam dan bagitahu nama atau sebagainya.

Pergaulan / ikhtilat :

- Ikhwah dan akhwat dilarang keluar berpasangan tanpa ada ikatan yang dibenarkan syarak walaupun sudah bertunag.
- Ikhwah atau akhwat dilarang berada dalam keadaan bercampuran yang tiada batas pemisah syarak antara mereka dalam sesuatu majlis atau tempat yang boleh menimbulkan fitnah.
- ketetapan musyrif :
* 2 ikhwah - 1 akhwat ( tidak dibenarkan )
* 1 ikhwah - 1 akhawat ( tidak dibenarkan )
* 2 ikhwah - 2 akhawat ( tidak dibenarkan )
* 2 ikhwah - 3 akhawat ( dibenarkan )
* 1 ikhwah - 2 akhawat ( dibenarkan )
* 1 ikhwah - 3 akhawat ( dibenarkan )
** Pastikan bilangan akhawat lebih ramai dari ikhwah.
** Bilangan musyyrif : jika akhawat ramai atau berkumpulan (melebihi 5 orang) digalakkan musyrif melebihi seorang.

- bab ni tolong amik cakna semua akhwat2 k ikhwah pun klu nak jadi musyrif biar jadi musyrif betul bukannye jd musyrif tapi duk bersembang sepanjang jalan, musyrif gak jangan sampai jauh sebatu dari akhwat.

Merokok & shiha :

- Dilarang merokok di kawasan terbuka dan di khalayak ramai.
* mengundak perspektif buruk di kalangan warga arab.
* mematuhi perjanjian antara 3 negara ( Malaysia, Indonesia, Thailand )
* jumhur ulama termasuk Majlsi Fatwa Mesir mengatakan merokok adalah HARAM.

- klu rasa xnak jaga diripun tolong jaga kemaslahatan orang lain k

Larangan keluar malam tanpa musyrif :

- Dilaranag bagi akhawat keluar rumah pada waktu malam tanpa musyrif walaupun destinasi yang dituju berdekatan.
- Dibenarkan keluar jika ada urusan syar'ie seperti ke hospital, mesyurat atau program DPMZ/PCZ dengan bermusyrif.
- Had masa : Akhawat tidak digalakkan keluar rumah pada awal-awal pagi ( sebelum waktu syuruk ) dan hendaklah berada di rumah 10 minit sebelum maghrib.

kes2 berkaitan masalah gangguan seksual semakin parah, harap akhwat amk cakna bab ni. tak kira la jauh ke dekat ke janji namanye MALAM sila pangil musyrif k jangan guna alasan tak nak menyusahkan musyrif atau sebagainya kalau jadi apa2 nanti lagi menyusahkan, bertindak sebelum kena.

couple/dating :

- Tidak dibenarkan bagi ikhwah akhawat untuk bermesra atau berseronok antara satu sama lain yang berlainan jantina ( bukan muhrim ) baik melalui ucapan.pandangan atau berdua-duan walaupun sudah bertunang.
- Tidak dibenarkan bagi ikhwah akhwat berbicara, bersembang atau berbual kosong dengan berlainan jantina ( bukan muhrim ) tanpa tujuan yang syar'ie.
- Dilarang melakukan perbualan yang boleh menimbulkan syahwat yang melibatkan ikhwah akhwat seperia rayuan atau melembutkan suara ( baik melauli telefon atau lainnya ) walaupun sudah bertunang.



Salah guna teknologi :

- Tidak digalakkan bagi seluruh ahli untuk melayarai internet terlalu lama kerana ianya boleh melekakan diri daripada mengingati Allah dan kewajipan harian seorang muslim.
- Dilarang bagi ikhwah akhawat mendownload, menonton dan melayari web-web hiburan yang melampau, lucah, pornografi dan sebagainya.
- Dilarang berbual dan menceritakan hal-hal peribadi,soal hati atau perasaan (rindu) dan sebagainya melalui ruangan sembang maya (chatting) atau sistem pesanan ringkas ( SMS ) dan lain-lain.
- Tidak dibenarkan membuat panggilan atau "miss call" kepada pihak yang berlainan jantina tanpa tujuan yang syar'ie.
- Dilarang menyebarkan unsur-unsur fitnah, perpecahan atau sentimen kenegerian dan keaiban pihak lain melalui yahoo messenger, facebook, friendster, myspace, blog dan sebagainya.
- Dilarang menulis artikel atau menyebarkan sebarang bentuk maklumat yang berkaitan sentimen politik Mesir.


TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Bertindak sebelum terlambat!!!!

4/23/10

Ulasan peribadi - Fitnah Khairi Jalalluddin (KJ) kepada Pengerusi DPMT




Khairi Jalalluddin - Pegawai JPMK
Ustaz Dzulhilmi Roslan - Pengerusi DPM Tanta

Menurut status KJ di halaman Facebooknya sekitar jam 12:00 tengahari semalam (21 April 2010), tertulis ada ke pelajar al-azhar mengaku jd wakil kedutaan di tanta. bila masa kedutaan bagi surat pelantikan?..pelik".

Persoalannya, siapa yang mengaku jadi wakil kedutaan? Kenapa pegawai ini tidak profesional dalam membuat sesuatu tindakan? Buatlah siasatan terlebih dahulu. Jangan tuduh melulu.


18 April 2010 (sekitar jam 3:00 petang)

Wakil Amnu Daulah (Pihak Keselamatan Mesir) telah menghubungi Pengerusi sebanyak 8 kali. Ketika itu Pengerusi berada dalam kuliah dan saya sendiri bersama dengan beliau. Sejurus habis kuliah, Pengerusi terus menghubungi wakil Amnu Daulah tersebut lalu diberitahu bahawa ada wakil Safarah (kedutaan) akan datang ke Tanta dan telah pun menempah Hotel ‘Arafah berdekatan Mahattah (Stesen Keretapi) Tanta. Kami seterusnya bergerak ke hotel berkenaan untuk mendapatkan kepastian. Sesampainya di hotel, kami bertanya kepada pihak hotel lalu dimaklumkan kebenaran akan berita yang disampaikan oleh wakil Amnu Daulah tersebut.

sila klik link ini untuk bacaan lanjut.. http://edpmt.org/v03/modules.php?name=News&file=article&sid=286

................................................................................................

Ulasan dari Ku..

-1 - Sememangnya setiap kehadiran pegawai safarah ke muhafazah ( cawangan ) perlu dimaklumkan pada PENGERUSI DPM terlebih dahulu untuk dimaklumkan kpd pihak keselamatan Mesir.

Sebabnya :

:- Pihak keselamatan Mesir ( Amnu Daulah ) hanya berurusan dengan wakil PMRAM ( Pengerusi DPM ) sahaja di peringkat muhafazah.

:- Setiap perkara yang berlaku di muhafazah yang melibatkan pelajar Malaysia pihak keselamatan Mesir akan menghubungi terus dengan pengerusi DPM.

:- Pihak keselamatan Mesir akan berang sekiranya segala perkara yang melibatkan pelajar malaysia terutama kedatangan wakil safarah ke muhafazah tersebut tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada mereka, kerana tindakan ini adalah SALAH.

:- Sila baca tulisan ust mumtaz (bekas pengerusi dpmz) membuat ulasan mengenai hal ini. sila klik http://jihadislami.blogspot.com/2009/01/part-one-kehadiran-baru-tidak.html

-2 - Ini kerana :

- PMRAM secara sahnya telah berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir sejak dahulu sebelum pihak kedutaan wujud di bumi mesir ini lagi..

- Pengerusi di setiap DPM telah berurusan dengan pihak keselamatan mesir sejak mula-mula pelajar malaysia datang ke muhafazah..

-3 - Setiap pengerusi selaku mandub ( wakil ) kepada PMRAM dan bertanggungjawap di atas segala urusan yang berkaitan dengan keselamatan bagi setiap pelajar Malaysia yang berada di muhafazah.

-4 - Ini bukanlah coretan kosong semata2 akan tetapi pengalaman penulis setelah sekian lama berada di bumi Zagazig dan bersama dengan DPM Zagazig..Pengalaman berurusan dengan pihak keselamatan bukan sekali setahun atau sekali seminggu akan tetapi hampir setiap hari.

-5 - Kita bersuara bukan kerana inginkan kuasa, tetapi inginkan hak mahasiswa dipertahankan. Kita bertindak bukan atas dasar ingin menjatuhkan tetapi ini adalah prosedur yang perlu diikuti.

-6 - Kita bukan budak kecil yang tidak mengerti untuk disepak sesuka hati, akan tetapi mahasiswa yang matang berfikir yang mampu untuk bertindak apabila dikhianati.

FITNAH ini perlu dibersihkan.

"Jadi, kami ahli-ahli Tanta mendesak supaya KJ memohon maaf secara terbuka kepada Pengerusi serta ahli DPMT di atas tuduhan yang tidak bertanggungjawab tersebut. Tulisan KJ di Facebook menyebabkan semua orang dapat membacanya lantas menyebarkan fitnah. Ini soal maruah dan jangan pandang perkara ini sebagai perkara yang kecil! Diharapkan agar perkara tersebut tidak berlaku di muhafazah lain."

- Penulis bersama mereka dalam desakan ini..

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Ulasan peribadi - Fitnah Khairi Jalalluddin (KJ) kepada Pengerusi DPMT

4/22/10

MUSLIM DARI SEGI HIDUP BERKELUARGA (1)




MUSLIM DARI SEGI HIDUP BERKELUARGA : Ust Fathi Yakan..

Menerima Islam memberikan kita kewajipan utk memiliki satu risalah dalam hidup ini dgn cara hidup menurut risalah tersebut sehingga kita semua betul-betul menjadi Muslim baik dalam segi aqidah, ibadah, mahupun akhlaq. Dengan Pengakuan terhadap Islam bererti kita harus bekerja keras di lingkungan kita dalam semua level, dari keluarga sampai negara, dan bahkan ke segenap ummat manusia karena Islam diturunkan kepada semua manusia.

Kita tidak cukup dgn hanya menyatakan saja bahwa kita menganut Islam dan mematuhinya tanpa menghiraukan orang-orang di sekeliling kita. Kita seharusnya memiliki rasa tanggungjawab kepada orang lain, menyeru dan menasihati mereka.

Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa yg tidur dan tidak mengambil beban urusan orang-orang Islam maka dia bukan termasuk golongan mereka." (HR al-Baihaqi)

Bertolak dari keadaan ini, kita memiliki tanggungjawab baru, yaitu tanggungjawab untuk:

-menegakkan sebuah masyarakat Islam
-menyampaikan Islam kepada masyarakat

Langkah pertama yg sesuai dgn tabiat Islam adalah membentuk rumahtangga kita supaya menjadi rumah tangga yg Islami. Kita bertanggung jawab utk menegakkan Islam di dalam kelurga, yg merupakan masyarakat kecil ini. Kita bertanggungjawab utk menyampaikan ajaran Islam kepada keluarga kita, pasangan hidup kita, anak-anak kita, serta kerabat dan handai taulan. Inilah cara yg diikuti oleh Rasulullah SAW dalam permulaan dakwah beliau.

Firman Allah yg bermaksud: "Maka janganlah kamu menyeru (menyembah) tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang di'azab. Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat, dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, yaitu orang-orang yang beriman." (QS 26:213-215)

Oleh sebab itu, tugas yg secara langsung dipikul oleh setiap Muslim setelah bertanggungjawab kepada dirinya adalah tanggung jawab kepada keluarga, rumah, dan anak-anaknya.

Firman Allah yg bermaksud: "Hai orang-orang yg beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yg kasar, yg keras, yg tidak mendurhakai Allah terhadap apapun yg diperintahkan-Nya." (QS 66:6)

Arkib Laptop Tiflu..
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - MUSLIM DARI SEGI HIDUP BERKELUARGA (1)

4/11/10

Senarai Penuh Keputusan Pilihanraya Umum PMRAM 2010


Calon-Calon Yang Bertanding Badan Pengurus PMRAM sesi 2010/11
(Mengikut urutan jumlah undian tertinggi.)


Nama : Shahrizan Mohd Hazimie
Kelulusan : Master Tahun 1 Al-azhar.
Negeri : Kedah
Status : Presiden PMRAM 2010 (menang tanpa bertanding)

Pertama (1)
Nama : Mohd Faizuddin Ghazali
No PMRAM : 17590
Negeri : Pahang
Kuliah : Usuluddin Tahun 2
Cawangan : Zagazig
877 undi (menang)

Kedua (2)

Nama : Muhammad Al Hidayat Khalid
No PMRAM : 16535
Negeri : Johor
Kuliah : Syariah Islamiah tahun 4
Cawangan : Zagazig
861 undi (menang)

Ketiga (3)

Nama : Muhammad Yusuf A. Kadir
No PMRAM : 19000
Negeri : Selangor
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Kaherah
861 undi (menang)

Keempat (4)

Nama : Syeikh Muhd Mujahid Sikh Nawawi
No PMRAM : 19162
Negeri : Pahang
Kuliah : Qiraat Shoubra, tahun 2.
Cawangan : Kaherah
860 undi (menang)


Kelima (5)

Nama : Mohd Solehuddin Mohd Safien
No PMRAM : 19760
Negeri : Terengganu

Kuliah : Syariah Islamiah Tahun 2
Cawangan : Kaherah
852 undi (menang)


Keenam (6)

Nama : Mohd Zahid Abu Bakar
No PMRAM : 18341
Negeri : Perak
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Kaherah
848 undi (menang)

Ketujuh (7)

Nama : Firdauz Noh
No PMRAM : 17019
Negeri : Johor
Kuliah : Syariah Undang-undang tahun 3
Cawangan : Kaherah
830 undi (menang)

Kelapan (8)

Nama : Abdul Aziz Ali
No PMRAM : 18495
Negeri : Kelantan
Kuliah : Bahasa Arab tahun 3
Cawangan : Kaherah
826 undi (menang)

Kesembilan (9)

Nama : Ahmad Huzaifah Fauzi
No PMRAM : 19069
Negeri : Kelantan
Kuliah : Qiraat, Tahun 2
Cawangan : Kaherah
821 undi (menang)

Kesepuluh (10)

Nama : Aminuddin Alias
No PMRAM : 15232
Negeri : Kedah
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Shibin El-Kom
226 undi

Kesebelas (11)
Nama : Mohd Mu'az Mohd Shukry
No PMRAM : 17906
Negeri : Kelantan
Kuliah : Syariah Undang-undang tahun 2
Cawangan : Kaherah
173 undi

Keduabelas (12)

Nama : Mohamad Hanif Haron
No PMRAM : 17137
Negeri : Pulau Pinang
Kuliah : Usuluddin, tahun 4
Cawangan : Kaherah
158 undi


Jumlah ahli PMRAM yang layak mengundi = 1445 orang

Jumlah ahli yang keluar mengundi = 920 orang (63.7%)

8 Undi Rosak
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Senarai Penuh Keputusan Pilihanraya Umum PMRAM 2010

4/10/10

KAEDAH DISIPLIN DALAM GERAKAN ISLAM




Kalimah berDISIPLIN bererti seseorang itu melakukan sesuatu dengan teratur dan menurut perencanaan, patuh kepada peraturan peraturan, pandai mengurus masa serta menjaga ketepatan waktu.

Tuntutan Disiplin Dalam Organisasi

Anggota anggota jemaah yang berdisiplin adalah penting seperti pentingnya kepemimpinannya juga. Imam Maududi menulis "......sebuah gerakan, sekalipun mempunyai ciri ciri yang baik, menemui kegagalan hanya disebabkan oleh hakikat bahawa ia tidak dapat menterjemahkan skima skimanya ke bentuk praktik. Ini berpunca daripada ketiadaan disiplin dan kerjasama. Usaha usaha berdisiplin bermakna bahawa seluruh jemaah mesti mengikut prosedur serta peraturan yang telah ditetapkan olehnya."

1. Seorang Muslim wajib beriltizam dengan arahan dan nizam (sistem) jamaah. Itu adalah perkara asasi dan perlu untuk kebaikan perjalanan amal dan usaha merialisasikan segala tujuan jemaah. Kesetiaan ini dipandang sebagai taat dan ibadah kepada Allah.

2. Setiap anggota jemaah mesti membiasakan dirinya melaksanakan setiap perintah pemimpin atau mas'ulnya dalam jamaah. Dia mesti taat kepada pemimpin di waktu susah, senang, sama ada suka atau tidak, asalkan perkara yang tidak mungkar dan tidak maksiat.

3. Tentera da'wah wajib menjaga waktunya dengan bersungguh sungguh, berdisiplin dalam segenap urusannya dengan peraturan yang rapi, berguna kepada manusia, mampu berusaha, mujahid untuk dirinya, berwaspada dari godaan hartabenda, anak dan isteri. ".....tiap tiap anggota majlis itu mestilah bersungguh sungguh untuk menghadirkan dirinya pada waktu yang telah ditentukan dan tidak boleh lambat datang kecuali kerana tersangat terpaksa. Itupun dengan memberitahu alasan terlebih dahulu.

Kelemahan Tanpa Disiplin.


Organisasi lemah dan lembab. Kerja kerja terbengkalai dan da'wah tidak akan berkembang. Dan tidak tercapai matlamat gerakan. Disiplin merupakan salah satu faktor (berkait dengan individu) yang menyebabkan para du'at gugur/tercicir disepanjang jalan da'awah.

Sebab Kemerosotan Disiplin.

- Kemerosotan Iman.

Menjadikan seseorang itu tidak sensitif terhadap perlaksanaan sesuatu tugas itu dengan segera. Salah satu kesan ialah tiada iltizam dengan waktu yang telah ditentukan untuk sesuatu perjumpaan ataupun waktu yang telah ditentukan untuk melaksanakan sesuatu kerja.

- Kemahuan yang Lemah dan Kurang Azam - Menyebabkan cepat berputus asa, mengalah serta mudah patah semangat.

- Masalah Peribadi - Penyakit Lupa

- Lupa kepada arahan, peraturan, waktu pertemuan serta tugas tugas. Salah satu sebab mempunyai terlampau banyak tugas.

- Sikap Kurang Tegas Pemimpin.


Kesimpulan.

Disiplin merupakan suatu amalan yang sangat penting dalam gerakan Islam. Tanpanya gerakan sukar mencapai matlamatnya. Oleh itu pimpinan dan ahli-ahli gerakan perlulah mengambil berat persoalan ini agar lahir di sana sebuah gerakan yang terdiri daripada ahli ahli yang berdisiplin dan mampu memperjuangkan Islam sehingga tercapainya matlamat yang diidam idamkan InsyaAllah.

sumber : arkib laptop tiflu :)
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - KAEDAH DISIPLIN DALAM GERAKAN ISLAM

4/7/10

Kenali Calon Anda!!!



http://kenalcalonanda.blogspot.com/




MUHAMMAD FAIZZUDIN GHAZALI

ASAL
( KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR )

KULIAH
( USULUDDIN AL-AZHAR )

LATAR BELAKANG PENGAJIAN

( TADIKA KEMAS )
( SEK KEB TERUNTUM )
( SEK MEN (A) AL-IHSAN KUANTAN )
( KULIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR PEKAN )
( UNIVERSITI AL-AZHAR ZAGAZIG )

PENGALAMAN KEPIMPINAN

( PENGERUSI PMRAM CAWANGAN ZAGAZIG 08/09 )
( KETUA JABATAN NUQABA PMRAM CAWANGAN ZAGAZIG 09/10)
( UNIT PENERANGAN HISBAH PMRAM CAWANGAN ZAGAZIG 09/10 )


KELEBIHAN

( MEMILIKI DAYA FIKIR YANG HEBAT )
( MEMPUNYAI SIFAT KEPIMPINAN )
( MEMILIKI SEMANGAT PERJUANGAN & TARBIAH )

http://www.fuaizgeneration.blogspot.com/



MUHAMMAD ALHIDAYAT KHALID

ASAL
( MUAR JOHOR )

KULIAH
( SYARIAH ISLAMIYAH AL-AZHAR )

LATAR BELAKANG PENGAJIAN

( SEK KEB PARIT BUANGA MUAR )
SMA AGAMA PARIT BUNGA
SMA ARAB AN-NUR PONTIAN )
( MAAHAD TAHFIZ DARUL NAIM MELOR )
( SMU (A) AZHARIAH MELOR )
( MADRASAH AL-QURAN AL-HILMIYAH )
( UNIVERSITI AL-AZHAR TAFAHNA ASYRAF )


PENGALAMAN KEPIMPINAN

( UNIT DAKWAH PMRAM CAWANGAN ZAGAZIG 06/07 )
( SETIAUSAHA AGUNG PMRAM CAWANGAN ZAGAZIG 07/08 )
( PENASIHAT PMRAM CAWANGAN ZAGAZIG 08/09 )
( TIMBALAN KETUA JABATAN NUQABA PMRAM CAWANGAN ZAGAZIG 09/10 )

KELEBIHAN

( MESRA RAKYAT )
( HAFIZ AL-QURAN )
( BERKETERAMPILAN )
( TEGAS DALAM KEPUTUSAN )


UNDILAH CALON ANDA


http://kenalcalonanda.blogspot.com/

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Kenali Calon Anda!!!

4/5/10

Dakwah Tak Boleh Dipikul Oleh Orang yang MANJA




Perjalanan dakwah yang kita lalui ini bukanlah perjalanan yang banyak ditaburi dengan hamparan permaidani merah dan kesenangan. Ia merupakan perjalanan panjang yang penuh rintangan, mehnah dan tribulasi. Telah banyak sejarah orang-orang terdahulu yang merasa pahit getirnya perjalanan dakwah ini. Ada yang diseksa, ada yang harus berpisah dengan sanak-saudara, ada pula yang diusir dari kampung halamannya dan berderetan lagi kisah perjuangan manusia lain yang telah mengukir bakti dari pengorbanannya dalam jalan dakwah ini. Mereka telah merasakan dan sekaligus membuktikan cinta dan kesetiaan terhadap jalan dakwah yang suci ini.


Cuba kita renungkan kisah peperangan Dzatur Riqa’ yang dialami oleh sahabat Abu Musa Al Asy’ari dan para sahabat lainnya. Mereka telah merasakannya hingga kaki-kaki mereka robek dan kuku tercungkil. Namun mereka tetap mengharungi perjalanan itu tanpa mengeluh sedikitpun. Bahkan, mereka malu untuk menceritakannya kerana keikhlasan mereka dalam perjuangan. Keikhlasan membuatkan mereka gigih dalam pengorbanan dan menjadi tinta emas sejarah umat dakwah ini. Buat selamanya…

Pengorbanan yang telah mereka berikan dalam perjalanan dakwah ini menjadi suri teladan bagi kita sekalian. Kerana sumbangan yang telah mereka berikan, dakwah ini tumbuh bersemi dan kita pun dapat menikmati hasilnya dengan gemilang. Kawasan Islam telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan umat Islam telah mengembangkan populasi dalam jumlah besar. Semua itu kurnia yang Allah swt. berikan melalui kesungguhan dan kesetiaan para as-Sabiqun al-Awwalun dalam medan dakwah ini. Semoga Allah meredhai mereka. Renungkanlah pengalaman mereka sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surat At-Taubah: 42.

لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُون) التوبة : 42)

"Kalaulah apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu adalah jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)."

Mereka juga telah melihat pengajaran daripada orang yang dapat bertahan dalam mengharungi perjalanan yang berat itu, hanya kesetiaanlah yang dapat mengukuhkan perjalanan dakwah ini. Kesetiaan yang menjadikan pemiliknya sabar dalam menghadapi cubaan dan pancaroba perjuangan. Ia menjadikan mereka optimis dalam menghadapi kesulitan dan siap berkorban untuk meraih kejayaan. Kesetiaanlah yang menghantarkan jiwa-jiwa patriotik ini untuk berada pada barisan paling depan dalam perjuangan. Kesetiaan jualah yang membuat pelakunya berbahagia dan sangat menikmati beban hidupnya serta setia dalam kesempitan dan kesukaran mahupun kelapangan dan kemudahan.

Sebaliknya orang-orang yang manja jiwanya dalam perjuangan ini tidak akan dapat bertahan lama. Mereka selalu mengeluh atas beratnya perjalanan yang mereka tempuh. Mereka pun menolak untuk menunaikan dakwah dengan pelbagai macam alasan agar mereka diizinkan untuk tidak berjuang. Mereka pun berat hati berada dalam perjuangan ini dan akhirnya berguguran satu persatu sebelum mereka sampai pada tujuan perjuangan. Penyakit wahan telah menyerang jiwa-jiwa mereka yang rapuh sehingga mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa kepahitan adalah sebahagian risiko dan sunnah dakwah ini. Malah kesanggupan dalam dakwah mereka tergugat lantaran anggapan mereka bahawa perjuangan dakwah tidak harus mengalami kesulitan.

إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ* وَلَوْ أَرَادُواْ الْخُرُوجَ لأَعَدُّواْ لَهُ عُدَّةً وَلَـكِن كَرِهَ اللّهُ انبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُواْ مَعَ الْقَاعِدِينَ ) التوبة : 45-46)

“Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): “Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal”. (At-Taubah ; 45-46)

Kesetiaan yang ada pada mereka merupakan kayu ukur ampuh untuk menilai daya ketahanannya dalam misi dakwah. Sikap ini membuatkan mereka sentiasa bersiap-siaga untuk menjalankan tugas yang terpikul di pundaknya. Mereka pun dapat menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya. Bila ditugaskan sebagai perajurit paling hadapan dengan segala akibat yang akan dihadapinya, ia sentiasa berada pada posisinya tanpa ingin meninggalkannya sekejap pun. Atau apabila mereka ditempatkan pada bahagian belakang, ia akan berada pada tempatnya tanpa berpindah-pindah dan terliur dengan apa yang diperolehi oleh barisan depan sebagaimana yang disebutkan Rasulullah saw. dalam beberapa riwayat tentang pejuang yang baik.

Marilah kita menyelusuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang murid Hasan Al Banna yang selalu menjalankan tugas dakwahnya tanpa keluhan sedikitpun. Beliaulah yang disebutkan Hasan Al Banna sebagai orang yang sebaik sahaja pulang dari bekerja, beliau sudah berada di kota lain untuk memberikan ceramah dan kemudian berpindah tempat lagi untuk mengisi pengajian dari detik ke detik secara ‘maraton’. Beliau selalu berpindah-pindah dari satu kota ke kota lain untuk menunaikan amanah dakwah. Akan tetapi, sesudah menunaikan tugas dakwah dengan sebaik-baiknya, beliau merupakan orang yang pertama sekali datang ke tempat kerjanya. Malah, beliaulah yang membukakan pintu gerbang pejabatnya.

Pernah beliau mengalami keletihan hingga tertidur di sofa rumah Zainab Al-Ghazali. Melihat kondisi tubuhnya yang lelah dan penat itu, tuan rumah membiarkan tamunya itu tertidur sampai bangun. Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al-Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail meminta izin untuk ke kota lainnya. Kerana keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali memberikan duit untuk beliau menaiki taksi. Abdul Fattah mengembalikannya sambil mengatakan, Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.” Zainab pun menjawab, “Aku sering ke mana-mana dengan teksi dan kereta-kereta mewah, tapi aku tetap dapat memikul dakwah ini dan aku pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Karana itu, pakailah duit ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirehat sejenak.” Beliau pun menjawab, “Berbahagialah ibu. Ibu telah berhasil menghadapi ujian Allah swt. berupa kenikmatan-kenikmatan itu. Namun, saya khuatir saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih atas kebaikan ibu. Biarlah saya naik kenderaan awam sahaja.” :nangis:

Itulah contoh orang yang telah membuktikan kesetiaannya pada dakwah lantaran keyakinannya terhadap janji-janji Allah swt. Janji yang tidak akan pernah dimungkiri sedikit pun. Allah swt. telah banyak memberikan janji-Nya pada orang-orang yang beriman yang setia pada jalan dakwah berupa berbagai anugerah-Nya. Sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran.

يِا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إن تَتَّقُواْ اللّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَاناً وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ] الأنفال : 29]

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” (al-Anfal ; 29)

Dengan janji Allah swt. tersebut, orang-orang beriman tetap bertahan mengharungi jalan dakwah ini. Dan mereka pun tahu bahawa perjuangan yang berat itu sebagai kunci untuk mendapatkannya. Semakin berat perjuangan ini semakin besar janji yang diberikan Allah swt. kepadanya. Kesetiaan yang bersemayam dalam diri mereka itulah yang membuat mereka tidak akan pernah menyalahi janji-Nya. Dan, mereka pun tidak akan pernah mau merubah janji kepada-Nya.

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً] الأحزاب : 23]

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar, menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (Al-Ahzab ; 23)

Pernah seorang pejuang Palestin yang telah lama meninggalkan kampung halaman dan keluarganya untuk membuat mencari dukungan dunia dan dana ditemubual; “Apakah yang membuat anda dapat meninggalkan keluarga dan kampung halaman sebegini lama?” Jawabnya, “Kerana perjuangan. Dan, dengan perjuangan itu kemuliaan hidup mereka lebih bererti untuk masa depan bangsa dan tanah airnya. Kalau bukan karena dakwah dan perjuangan, kami pun mungkin tidak akan dapat bertahan,” ungkapnya lirih.

Aktivis dakwah sangat menyakini bahawa kesabaran yang ada pada dirinyalah yang membuat mereka kuat menghadapi pelbagai rintangan dakwah. Jika dibandingkan apa yang kita sumbangkan serta apa yang kita harungi dalam jerit perih perjuangan di hari ini dengan keadaan orang-orang terdahulu dalam perjalanan dakwah ini, belumlah seberapa. Pengorbanan kita di hari ini hanyalah secebis pengorbanan waktu untuk dakwah, secubit pengorbanan tenaga dalam amal khairiyah untuk kepentingan dakwah dan sekelumit pengorbanan harta dari keseluruhan harta kita yang banyak. Cubalah bandingkan dengan pengorbanan orang-orang terdahulu, ada yang disisir dengan sisir besi, ada yang digergaji, ada yang diikat dengan empat ekor kuda yang berlawanan arah, lalu kuda itu dipukul untuk lari sekencang-kencangnya hingga robeklah orang itu. Ada pula yang dibakar dengan tungku yang berisi minyak panas. Mereka dapat mengharungi kegetiran ini kerana kesabaran yang ada pada dirinya. :nangis:

Kesabaran adalah kubu pertahanan orang-orang beriman dalam meniti perjalanan ini. Bekal kesabaran mereka tidak pernah berkurang sedikit pun kerana keikhlasan dan kesetiaan mereka pada Allah swt.Bila kita memandang kehidupan generasi pilihan, kita akan temukan kisah-kisah rang yang menakjubkan yang telah menyuburkan dakwah ini. Muncullah pertanyaan besar yang harus kita tujukan pada diri kita saat ini, “Apakah kita dapat menyemai dakwah ini menjadi subur dengan perjuangan yang kita lakukan sekarang ini atau kita akan menjadi generasi yang hilang dalam sejarah dakwah ini?”

Ingat, dakwah ini tidak akan pernah dapat dipikul oleh orang-orang yang manja. Ketabahan, keseriusan dan kesungguhan aktivis dakwah merupakan kenderaan yang akan menghantarkannya kepada kejayaan dan kegemilangan. Semoga Allah menghimpunkan kita dalam kebaikan. Wallahu’alam.

Adaptasi dari tulisan : Drs. DH Al Yusni
Baitul_Irfan yahoogroups :)
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Dakwah Tak Boleh Dipikul Oleh Orang yang MANJA